
LEPAS SEPARUH KERETA BAHARU DI AS ADALAH MODEL ELEKTRIK MENJELANG 2030 – KITA KAT MANA MASA TU?
Kereta elektrik akan menguasai lebih separuh pasaran kereta baharu di Amerika Syarikat menjelang 2030. Ramalan pakar ni bukan kami suka-suka buat andaian.

Walaupun presiden Joe Biden belum membuat apa-apa kenyataan untuk mengharamkan penjualan kereta dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) tapi menurut para penganalisa insentif pengurangan cukai ke atas para pembeli model EV jelas menunjukkan hala tuju pasaran dalam beberapa tahun akan datang.
Malah laporan dari BloombergNEF menganggarkan penjualan EV kini memberikan gambaran ia akan mencecah 43 peratus menjelang 2030 hasil pengenalan pelbagai model-model baharu dan penerimaan pengguna terhadap model-model EV yang semakin baik. Kalau ada Alza EV pun menarik ni.

Angka-angka yang ditunjukkan jelas menepati kenyataan Biden yang berikrar yang separuh daripada jumlah kereta di AS mesti digantikan dengan kereta elektrik, tak kiralah sama ada plug-in hybrid ataupun menggunakan sistem sel bahan api menjelang penghujung abad ini.
Tambah BloombergNEF lagi, jualan EV mungkin tidak akan berapa menonjol dalam beberapa tahun terdekat tetapi banyak pengeluar akan berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih baik sekaligus melayakkan lebih banyak kereta menerima insentif pengurangan cukai (harap-harap dapat la). Mungkin juga selepas ini kenderaan EV akan menjadi lebih mampu milik. Ingat orang sederhana macam kami ni tak nak pakai kereta EV ke?
Undang-undang pengharaman kenderaan berkuasa ICE seperti yang dilakukan California menjelang 2035 akan meledakkan lagi pasaran kereta-kereta EV. Dijangkakan lebih banyak negeri di AS akan mengikut jejak California sekaligus merancakkan lagi pasaran EV di sana.
Kita di sini macam mana? Tak teringin ke nak tengok kereta tanpa ekzos kat atas jalan? Ke bimbang takut kedai ekzos komplen? Masalah nombor plet pun tak boleh selesai sampai hari ini nak buat macam mana kan?







