
BERMAZ MOTOR TAWAR PAKEJ MAZDASPORTS UNTUK MAZDA3
Ini memang berita baik untuk peminat kereta Mazda, terutama Mazda3. Sebabnya, Bermaz Motor baru sahaja memperkenalkan pakej bodykit baharu yang memang bergaya untuk model Mazda3 SKYACTIV.Dibina di bawah jenama MazdaSports, ia bodykit itu direka untuk memberi inspirasi kepada para peminat Mazda. Dengan penambahan bodykit ini, penampilan Mazda3 pasti semakin menyerlah.
Pakej Mazda3 MS MazdaSports terdiri daripada MS Highlight Bodykit, MS wing belakang, MS cermin sisi berwarna merah, MS Tailpipe, MS rim bersaiz 18” dengan kemasan karbon serta kemasan dalaman MS yang sporty.
Buat masa sekarang, MS MazdaSports hanya ditawarkan untuk varian hatchback Mazda3.
Pakej bodykit ini ditawarkan pada harga RM9,880 (termasuk GST). Ia hadir bersama jaminan Aksesori Tulen Mazda selama setahun. Selepas kereta dibeli, pelanggan perlu menunggu selama sebulan untuk proses pemasangan.