Buletin

HONDA JAZZ BAKAL GUNA ENJIN 1.0L TURBO?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan enjin turbo bersesaran kecil memang bukan perkara asing, terutama bagi pengeluar kenderaan Eropah. Nampaknya, formula itu mula diaplikasikan oleh pengeluar dari Jepun.

Sedia maklum bahawa Honda memang ada enjin 1.0L VTEC Turbo. Setakat ini, enjin yang dibangunkan di bawah keluarga enjin Earth Dreams itu hanya digunakan pada model Civic untuk pasaran Eropah.

batch_honda-jazz-fit-1.0L-liter-turbo-mekanika

Dalam kes kali ini, Honda dikhabarkan bakal menggunakan enjin 1.0L turbo ke dalam model kompaknya, Jazz/Fit dan menggantikan enjin 1.5 liter sedia ada.

Enjin turbo kecil itu mampu menjana kuasa mencecah 129PS dan tork 200Nm. Kalau dipasang pada Jazz memang makin sedaplah nak melayan kuasanya.

honda-Jazz-mekanika

Maklumat itu diperoleh selepas majalah AutoExpress bercakap dengan Ketua Kenderaan Honda UK, Phil Webb di acara Paris Motor Show 2016. Menurut Webb, Honda sentiasa membangunkan enjin dan mahu menggunakan enjin itu sepenuhnya. “Tengok pada Jazz, anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku tidak lama lagi,” jelas Webb.

Ketika ramai yang teruja dengan khabar angin itu, ‘halangan’ yang ada ialah kelompok pemilik Jazz di pasaran Eropah dikatakan terdiri daripada mereka yang agak berusia. Jadi kuasa tidak menjadi keutamaan.

KENAPA RAMAI SANGAT NAK BELI HONDA HR-V?

Namun mahu atau tidak, Honda mungkin terpaksa membuat perubahan demi mematuhi piawaian emisi yang semakin ketat di Eropah.

Sudah pasti, wujud juga kemungkinan SUV kompak HR-V akan menerima enjin baru. Tunggu sahajalah perkembangannya nanti.

Google ads
Back to top button