
BESTUNE E01 SUV EV BAHARU CHINA. ADA PEMBANTU HOLOGRAFIK!!!
Industri automotif China mungkin terjejas akibat pandemik Covid-19. Bagaimanapun, ia semakin beransur pulih dan negara berkenaan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) baharu dikenali sebagai Bestune E01.
Dibangunkan First Auto Works (FAW), Bestune E01 bakal memasuki pasaran tempatan pada bulan hadapan.
Di bahagian luaran, SUV EV terbaharu ini didatangkan hud hadapan panjang dan set lampu hadapan dengan rekaan nipis.

Selain itu, jentera elektrik ini hadir dengan spoiler di bahagian bumbung, lampu belakang LED, handel pintu pop-out dan tayar aerodinamik kepada para pelanggan.
Bestune E01 yang menawarkan lima tempat duduk memiliki ukuran sepanjang 182.6 inci, 74 inci lebar dan ketinggian 64.5 inci.
Bahagian kabin menarik perhatian dalam jentera ini, papan pemuka dilengkapi seolah-olah ‘sangkar’ kristal menempatkan pembantu holografik yang kecil.

Pelanggan boleh memilih pelbagai karakter holografik mengikut keinginan mereka.
Ia sekali gus tidak membosankan terutama apabila memandu seorang diri dalam jarak jauh.
SUV EV ini turut mempunyai skrin infotainmen pusat, kluster instrumen digital dan skrin sentuh ketiga yang mengawal pelbagai fungsi seperti kawalan iklim.

Bestune E01 mendapat khidmat motor elektrik yang mampu menjana kuasa 190 dan tork 320 Nm.
SUV ini didakwa boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 170 km/j malah mempunyai kitaran jarak NEDC sejauh 450 km. – carscoops.
- BACA: MODULAR EV INI MEMPUNYAI HAMPIR 1000NM TORK – BIAR BETUL
- BACA: K27, K23 EV PALING MURAH DI AS. HARGA BERMULA PADA AS$13 RIBU. LAWA KE BURUK?
- BACA: MERCEDES-BENZ G350 ENTRY LEVEL UNTUK CHINA. BUKAN SEMUA ORANG NAK ENJIN BESAR
- BACA: MITSUBISHI HENTIKAN EKSPORT SUV KE EROPAH. TIADA LAGI OUTLANDER, ASX DAN ECLIPSE CROSS








