Buletin

K27, K23 EV PALING MURAH DI AS. HARGA BERMULA PADA AS$13 RIBU. LAWA KE BURUK?

Pengeluar kenderaan elektrik (EV), Kandi America memperkenalkan dua model di pasaran Amerika Syarikat (AS), K27 dan K23.

Kedua model tersebut yang dibangunkan pengeluar Kandi Technologies Group dari China, merupakan EV paling mampu milik di negara Uncle Sam itu.

Ia dijangka menembusi pasaran pada penghujung tahun ini bakal diperkenalkan di Texas terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Model Kandi 27 dijana pek bateri 17.69 kWh didakwa mampu bergerak sehingga 100 km. Kenderaan ini dijual pada harga AS$20,499 (RM 86,454) tetapi selepas ditolak cukai kredit persekutuan ia hanya berharga AS$12,999 (RM 54,823).

Secara keseluruhan, rekaan K27 sangat ringkas malah kelihatan sempit dan agak tinggi. Selain itu, di bahagian depan dan belakang, kereta kecil ini menampilkan lampu berbentuk bulat.

Di bahagian kabin pula, didatangkan skrin infotainmen di papan pemuka.

Bagi model yang lebih selesa dan luas, K23 didatangkan dengan bateri pek 41.4 kWh dan mampu mengembara sejauh 290 km.

Ia dijual pada harga AS$29,999 (RM 126,520) berikutan penolakan cukai pengguna boleh menikmati potongan harga sehingga AS$22,499 (RM 94,889).  

“EV telah dinilai selama bertahun-tahun kerana kecekapan, kelestarian dan inovasi kenderaan ini.

“Kandi ingin mengubah cara pengalaman pembelian EV dan ingin semua orang mampu memilikinya. Dengan pengenalan dua model ini.

“ Kami berharap dapat memulakan evolusi auto yang membolehkan sesiapa sahaja tidak kira status kewangan dapat menikmati jentera EV berteknologi tinggi,” kata Ketua Eksekutif Kandi America, Johnny Tai dalam satu kenyataan. -carscoops



Google ads
Back to top button