Artikel Pilihan

BETUL KE KERETA WARNA PUTIH CEPAT KOTOR?

Kereta dengan warna putih ada peminatnya yang tersendiri, terutama jika warna putih tersebut dikenakan pada Honda Civic Type R. Ataupun sesetengah kereta mewah yang datang dengan warna putih mutiara yang menghasilkan pantulan warna bak pelangi ketika berada di bawah panas terik

Namun semakin berusia kereta yang berwarna putih, semakin ia nampak pudar kekuningan dan kadangkala warnanya sudah mulai kusam menjadikan warna ini nampak terlalu buruk dan berusia tua berbanding dengan warna yang lain

Antara sebab warna putih bertukar menjadi kekuningan dan pudar termasuklah pendedahan yang terlalu lama kepada sinaran cahaya matahari dan juga sinaran Ultraviolet mampu merosakkan kemasan car warna putih.

Kenderaan juga terdedah kepada cuaca yang ekstrim seperti hujan yang mengandungi asid dan mengikis kemasan cat secara perlahan-lahan menjadikan cat semakin pudar. Hujan asid dan unsur pencemaran yang lain berupaya menyebebkan cat berwarna putih bertukar menjadi kekuningan

Unsur kimia yang ada dalam udara pula boleh menyebabkan masalah pengoksidaan pada permukaan cat putih, menyebabkannya menjadi pudar dan kusam. Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan mudah sahaja iaitu membasuh kereta yang berwarna putih dengan kerap berbanding dengan warna biasa

Malah proses menyapu wax secara berkala juga mampu menngekalkan warna putih dalam keadaan berkilat sepanjang masa. Anda boleh menggunakan sabun khas dan bukannya sabun untuk mencuci pinggan mangkuk kerana sabun ini adalah “kasar” dan menyebabkan kerosakan pada permukaan cat.

Bagi mencuci pinggan mangkuk bersifat alkali antara skala 7-10 bagi menanggalkan kesan lemak dan berminyak yang bersifat sedikit berasid. Bagi sabun pencuci kereta, ia dihasilkan dengan pH neutral yang berada pada skala 7 sahaja

Sabun pencuci kenderaan yang bagus mestilah berupaya menghasilkan buih yang banyak dan tebal kerana buih berupaya memerangkap kotoran dengan efektif, tidak menyebabkan calar pada permukaan cat, mudah untuk dibilas dengan air yang minima, dan lebih bagus sekiranya mengandungi bahan tambahan seperti wax atau seramik untuk melindungi car

Bagi mengekalkan cat putih juga, pemilik digalakkan untuk memarkir kenderaan mereka di kawasan redup, menggunakan pelindung kenderaan jika meninggalkan kereta untuk satu tempoh yang lama dan menyapu wax secara berkala

Google ads
Back to top button