Artikel Pilihan

SALJI DAN SUNGAI BELUM MAMPU MENGHALANG ‘THE ARK’ – KEAJAIBAN DARI RUSSIA

Russia memang sebuah negara hebat tetapi sentiasa dilabelkan sebagai antagonis berbanding AS yang selalu memegang watak hero. Tapi sebagai salah satu negara kuasa besar dunia, mereka memang mempunyai teknologi yang cukup jadi tidak hairanlah macam mana mereka boleh memperkenalkan kenderaan all terrain (ATV) seperti ‘The Ark’ ini.

Ia merupakan hasil ciptaan terbaru syarikat Sherp yang memang terkenal dalam menghasilkan kenderaan seperti ini. Tapi berbeza dari rekaan Sherp sebelum ini, ia kini dilengkapi dengan trailer besar di belakang yang mampu memuatkan 20 penumpang di dalamnya. Kira dah macam kenderaan tentera pun ada.

Walaupun ia dipanggil trailer, ia sebenarnya berfungsi dengan lebih baik kerana kesemua enam roda di bahagian trailer itu boleh dipacu sekaligus membolehkan mengikut ke mana sahaja cab depan bergerak. Kalau zombi menyerang pun tak ada masalah kalau naik The Ark ni kan?

Tonton sahaja pautan video The Ark di bawah dan kita akan dapat saksikan bagaimana ia bergerak di dalam tasik beku, walaupun permukaan ais pecah berderai namun ia masih lagi mampu mengharunginya dengan selamba. Bahagian trailer juga masih kering dan penumpang berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang masalah.

Kalau dilihat pada rupa parasnya mesti kita ingat ia akan menggunakan enjin yang sangat berkuasa kan? Sekurang-kurangnya mesti V8. Menariknya The Ark ini cuma menggunakna enjin disel 2.4L yang mampu menghasilkan 74 kuasa dan 280 Nm tork maksima. Ia kemudiannya dihantar ke sistem acuan semua roda melalui kotaj gear manual 5-kelajuan.

Kabin utama ATV ini mampu mengatasi halangan setinggi lima kaki tanpa sebarang masalah. Nak melintas longkang seluas 6.5 kaki? Bila-bila masa je komrad.

Ia juga menampilkan sistem pengaliran udara yang menyalurkan gas ekzos untuk mengepam kesemua rodanya. Tayar pancit bukan lagi satu halangan. Tapi tengok pada saiz tayarnya, setakat paku 2 inci tu tak masalah langsung ni.

Dalam keadaan permukaan bumi yang rata, The Ark ini mampu mencatat kelajuan maksima 30 km/j, ye lah ini bukan kereta kompak kan? Kelajuan dalam air pula ialah sekitar 6 km/j, bolehlah nak bawak anak memancing ikan tembakul.

Rasanya kenderaan seumpama ini memang sangat sesuai jika digunakan untuk misi bantuan banjir. Mana tahu selepas pihak berkuasa berminat untuk mendapatkannya. Tapu pastikan pemandunya memang benar-benar terlatih. Tak nak lah bawak misi bantuan banjir tapi pandu laju tak ingat dunia sampai nak roboh rumah mangsa banjir terkena ombak hasil rempuhan tayar bersaiz gergasi. Kesian rumah Cik Senah dan Pak Dolah Urut sampai tercabut daun pintu.

Google ads
Back to top button