
BIMBANG HARGA NAIK TAHUN DEPAN, RAKYAT RUSIA KALUT NAK BELI KERETA SEKARANG
Jualan kenderaan di Rusia mencatat pertumbuhan memberangsangkan, ketika negara-negara Eropah lain masih bergelut dengan impak COVID-19.
Buktinya, industri automotif Rusia naik 3.4 peratus pada September, 7 peratus (Oktober) dan 5.9 peratus pada November.
Biarpun begitu, penganalisis dan sumber industri meramalkan jualan kenderaan akan menjunam pada musim luruh tahun hadapan.
Keadaan itu berlaku berikutan matawang rouble yang semakin lemah, jatuh 22 peratus berbanding dollar AS tahun ini, sekali gus membuatkan permintaan terhadap kereta terus meningkat.
Pengguna menjangkakan harga kereta akan naik kerana ia sensitif terhadap kadar tukaran matawang asing. Apatah lagi kebanyakan alat ganti biasanya diimport. Harga sekarang masih tidak mengira penurunan nilai matawang asing sepenuhnya.

“Kami jangka harga kereta akan naik pada Januari,” kata Pengarah Pembangunan Rolf, pengedar kenderaan terbesar di Rusia, Vladimir Miroshnikov.
Kadar pinjaman yang lebih rendah kepada 4.25 peratus pada Julai lalu juga menjadi penyumbang kepada peningkatan jualan.
Tekanan kuasa membeli isi rumah bagaimanapun dijangka tidak banyak berubah. Walaupun kerajaan menyatakan tiada rancangan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan kali kedua bagi mencegah penularan yang kian meningkat sejak September.
Pendapatan sebenar rakyat Rusia jaduh 4.3 peratus dari Januari hingga September. Manakala suku kedua menyaksikan kejatuhan 8.4 peratus, paling banyak sejak krisis kewangan Rusia.
Rusia disifatkan sebagai pasaran terbesar di Eropah pada tahun 2000-an. Namun ia berubah pada tahun 2014 akibat sekatan, masalah dengan Ukraine dan kekejatuhan harga minyak.
Sejak itu, jualan kereta di sana tidak pernah melebihi 2 juta unit setahun. Malah, Persatuan Perniagaan Eropah menyatakan jualan kenderaan di Rusia akan jatuh 13.5 peratus kepada 1.522 juta unit pada tahun ini.
- BACA: BERBULU KERAP ROSAK. VLOGGER RUSIA BAKAR MERCEDES-AMG GT 63 S
- BACA: PEKERJA JUJUR SELAMATKAN TESLA DARIPADA SERANGAN SIBER PENGGODAM RUSIA
- BACA: SEMPAT RAKAM AKSI DENGAN MOTOSIKAL. INFLUENCER JUTAWAN RUSIA MAUT KEMALANGAN
- BACA: ARAB SAUDI DAN RUSIA CAPAI KATA SEPAKAT TAMATKAN PERANG HARGA MINYAK. KURANGKAN PRODUKSI 10 JUTA TONG SEHARI