Buletin

BIMS 2018: SUZUKI SWIFT – KERETA ECO DENGAN TEMA MOTOGP SUZUKI ECSTAR

Sedia maklum bahawa Suzuki Malaysia Automobile telah menutup operasinya pada tahun 2016.

Suzuki yang dahulunya cukup popular dengan model kompak Swift, nampaknya tidak dapat bertahan dalam pasaran tempatan yang semakin sengit saban tahun.

Dengan penutupan operasi itu, memang tiada harapan kita akan menerima model terbaharu Swift yang mendapat rebiu positif di Eropah dan Asia.

Thailand bagaimanapun lebih bernasib baik. Suzuki Swift 2018 yang dilancarkan pada Februari lalu itu dikategorikan sebagai kereta eco yang mendapat insentif daripada kerajaan.

Swift menggunakan enjin 1.2L DUALJET berkuasa 91hp yang dipadankan bersama kotak gear CVT.

Bagi memeriahkan kehadirannya pada acara Bangkok International Motor Show 2018, Suzuki Motor Thailand mempamerkan satu unit Swift yang tampil dengan tema pasukan MotoGP Suzuki Ecstar.

Sebagaimana yang anda boleh lihat, jentera ini dipenuhi dengan pelekat berwarna putih dan hijau fluorescent. Ini memang kosmetik semata-mata, aksesori tambahan pun tak ada kecuali rim berwarna hitam.

Di Thailand, Swift ditawarkan dalam tiga varian iaitu GA, GL dan GLX pada harga bermula 499,000 baht (RM62,000) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button