Buletin

BMW 218 GRAN COUPE CKD TERIMA KEMAS KINI BMW LIVE COCKPIT PROFESSIONAL

BMW Malaysia baru-baru ini memaklumkan bahawa BMW 218i Gran Coupé CKD hadir dengan BMW Live Cockpit Professional yang telah dikemas kini.  

BMW Live Cockpit Professional melibatkan kluster paparan instrumen 10.25 inci (sebelum ini 5.1 inci) dan skrin pada papan pemuka bersaiz 10.25 inci (sebelum ini 8.8 inci).

Menggunakan konsep paparan baharu, ia mampu membekalkan maklumat yang tepat dan relevan dengan segera. Paparan itu juga boleh diubah suai melalui pilihan konfigurasi lebih banyak.  

Sistem berkenaan mengambil pendekatan ‘kandungan terlebih dahulu’ dalam memaparkan informasi dan didatangkan dengan susun atur yang minimalis. Maklumat seperti takat bahan api, kelajuan, rpm dan suhu enjin kini dipaparkan dalam bentuk tiub gelung.

Ia juga disusun agar memberi lebih ruang pada bahagian tengah untuk paparan navigasi serta fungsi lain.

Pengalaman pemanduan disempurnakan lagi dengan pelbagai fungsi dan widget yang boleh dikonfigurasi. Ini termasuklah papan skor sukan, data pemanduan, penggunaan bahan api, meter daya G, media serta radio.

Bergantung mod pemanduan yang dipilih (Sport, Comfort, Eco-Pro) warna yang seragam akan dipersembahkan merentasi kluster paparan informasi serta paparan informasi sentral.

Bukan itu sahaja, Pembantu Peribadi Pintar BMW diaktifkan dengan menyebut “Hey BMW!” atau istilah pengaktifan lain.  

Program Pembiayaan Dinamik.

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 218i Gran Coupé baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bermula RM2,268 sebulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Harga BMW 218i Gran Coupé (atas jalan, tanpa insurans):

  • BMW 218i Gran Coupé (dengan Waranti Lanjutan dan Pakej Servis) – RM216,367
  • BMW 218i Gran Coupé (tanpa Waranti Lanjutan dan Pakej Servis) – RM 204,177 
Google ads
Back to top button