Buletin

BMW 3 SERIES TOURING, WAGON BUKAN PILIHAN SEMUA

BMW sememangnya idaman ramai dan peminat akan menoleh apabila terserempak dengannya. Tolehan mungkin menjadi dua kali apabila model yang ditemui adalah rare seperti wagon.

Di benua Eropah, model wagon atau touring adalah tawaran biasa dan ini ada buah tangan terbaru dari BMW iaitu 3 Series Touring. 

Sejak dilancarkan pada tahun 1987, lebih daripada 1.7 juta 3 Series Touring dijual dan model generasi sebelum ini sahaja mempunyai jualan melebihi 500,000 unit.

BMW 3 Series Touring 320d xDrive

Model Touring tampil dengan identiti sama seperti 3 Series Saloon (sedan) dengan gril buah pinggang yang besar, lampu utama berkembar tirus dan apron depan yang membonjol.

Selain itu, model Touring unik dengan rel bumbung sesuai dengan kegunaannya sebagai kereta gaya hidup aktif. 

Terdapat tiga varian BMW 3 Series Touring iaitu SE, Sport dan M Sport. Varian SE mempunyai reka bentuk bampar yang berbeza dengan roda aloi standard 17 inci atau pilihan 18 inci.

BMW 3 Series Touring 320d xDrive

Varian M Sport pula dibezakan dengan liang kemasukan udara depan yang besar dan juga skirt sisi dan apron belakang. Gril buah pinggang berwarna hitam kilat manakala peresap belakang berwarna Dark Shadow.

Kerusi juga berbeza di antara varian, 3 Series Touring Sport dan M Sport didatangkan dengan kerusi sport bagi menyokong pemanduan berprestasi. Kerusi itu dibalut kulit Vernasca dengan empat piihan warna dan kemasan.

Saiz wagon ini lebih besar berbanding generasi sebelum yang menjadikan ruang bahu dan kaki lebih luas.

BMW 3 Series Touring 320d xDrive

Saiz yang lebih besar juga membolehkan tiga kerusi kanak-kanak dipasang pada kerusi belakang dan dua daripadanya boleh dikunci pada cangkuk ISOFIX.

Dari segi praktikaliti, kerusi belakang boleh dipisah secara 40:20:40 manakala saiz but ialah 500 liter atau maksimum 1,500 liter. Pintu but boleh dioperasikan secara automatik.

Untuk enjin, pembeli ditawarkan dengan sejumlah pilihan petrol, diesel atau hibrid mengikut varian dan juga jenis pacuan. 

BMW 3 Series Touring 320d xDrive

Varian paling berkuasa ialah M340i xDrive Touring dengan enjin 3.0 liter turbo dengan padanan transmisi lapan kelajuan Steptronic Sport dan pacuan kesemua roda pintar.

Enjin ini mempunyai output kuasa 374hp dan tork 500Nm. Keupayaan memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya memerlukan 4.5 saat sahaja.

Varian itu juga yang paling mahal ditawarkan pada harga GBP£50,055 (RM257,978).

BMW 3 Series Touring 320d xDrive

Varian paling mampu milik ialah 320d yang berharga GBP£35,235 (RM181,597) dan dikuasakan enjin 2.0 liter TwinPower Turbo diesel empat silinder.

Enjin ini mempunyai output kuasa 190hp dan tork 400Nm. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j mengambil masa 7.1 saat.

Jika ada yang berminat dengan model touring agak sukar untuk memilikinya kerana pasaran yang tidak besar di negara kita.

BMW 3 Series Touring 320d xDrive

Walaupun ia sesuatu yang rare, ada saja peminat memilikinya terima kasih kepada pengimport bebas yang berani melawan arus dan menawarkannya.

Tidak hairan apabila terserempak, ada yang menoleh dua kali bagi memastikan apa yang dilihat seterusnya menghargai keunikan model ini.

BACA: BMW 330i M SPORT CKD – 258HP, RM288K SEUNIT

BACA: NAH BACA. FAKTA PENJAGAAN SEBUAH BMW 3 SERIES – F30

BACA: BMW SAH AKAN HASILKAN M3 MANUAL 2020 – SEBAB GEAR MANUAL ADA KARAKTER

Google ads
Back to top button