Buletin

BMW SAH AKAN HASILKAN M3 MANUAL 2020 – SEBAB GEAR MANUAL ADA KAREKTER

BMW mengesahkan bahawa ia bakal menawarkan versi manual untuk jentera M3 buatan tahun 2020. 

Memetik laporan BMW Blog, Ketua BMW M, Markus Flasch menjelaskan bahawa M3 dan M4 baharu akan didatangkan dengan versi manual. Bagaimanapun, varian mana yang ditawarkan dengan kotak gear tersebut masih menjadi misteri. 

“Masih terlalu awal untuk mendedahkan semua perincian ini. Tetapi saya ingin tegaskan bahawa kami akan tawarkan versi manual. Transmisi manual sangat penting kerana ia bukan berasaskan kepada prestasi kerana kotak gear automatik adalah lebih pantas. Anda boleh tanya mana-mana pelumba.

“Biarpun begitu, transmisi manual memberi karekter kepada kenderaan. Saya bandingkan perkara ini dengan peminat jam mekanikal. Ia bukanlah lebih tepat dan tidak memiliki sebarang kelebihan, tetapi ada karekter. Samalah seperti kotak gear manual,” kata Flasch. 

BMW M3 dan M4 baharu dijangka dilancarkan awal tahun hadapan, bersama dengan pilihan pacuan roda belakang atau semua roda. Sementara transmisi automatik merupakan variasi kotak gear pengubah kuasa kilas   (torque converter) lapan kelajuan yang diambil daripada model M5. 

Kuasa pula dijana oleh enjin turbo enam selinder sebaris baharu yang dikenali sebagai S58. Ia dikatakan 95 peratus berbeza berbanding enjin S55 yang digunakan pada model sekarang. 

Tags
Google ads
Back to top button