Buletin

BMW 530i M SPORT DARK SHADOW EDITION. TERHAD 36 UNIT, RM392,800 SAHAJA

BMW Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition ke pasaran tempatan. Terhad kepada hanya 36 unit, sedan tersebut tampil dengan kemasan berwarna hitam yang elegan. 

Hadir dengan warna hitam Carbon Black, BMW 530i M Sport Dark Shadow menampilkan shadow line yang menarik dan rim aloi ringan M Performance bersaiz 20 inci bersama ciri pemantauan tekanan tayar.

Gayaan rim jejari berkembar 669 M Orbit grey itu disempurnakan lagi dengan gril kidney yang juga berwarna hitam. 

Ruang kabin pula menyaksikan tempat duduknya dibalut dengan kulit Black Dakota bersama jahitan benang biru. Pelanggan juga boleh memilih kulit berwarna coklat dengan jahitan warna kontras.

Bermula 4 Januari 2021, BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition baharu akan disediakan secara eksklusif di BMW Shop Online (https://shop.bmw.com.my/). Jadi, pelanggan boleh menempahnya dengan bayaran hanya RM1,000.

Lebih menarik lagi, pakej Shadow Line dab set roda M Performance yang bernilai lebih RM37,000 kini ditawarkan dengan bayaran tambahan cuma RM10,000 sahaja.

BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition boleh ditemui di pusat-pusat pengedaran yang terpilih pada tarikh berikut:

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition boleh dimiliki dengan ansuran bulanan bermula RM4,488 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition boleh anda miliki pada harga RM392,800 seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button