Buletin

INDONESIA DAN LG GROUP TANDATANGANI MOU PELABURAN BATERI EV BERNILAI RM39.6 BILION

Indonesia dan firma dari Korea Selatan. LG Group telah pun menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) untuk pelaburan bateri kenderaan elektrik bernilai AS$9.8 bilion (RM39.6 bilion) 

Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Koordinasi Pelaburan Indonesia pada Rabu.   

Perjanjian tersebut ditandatangani pada 18 Disember itu turut merangkumi rantaian bekalan kereta elektrik. Ia menyaksikan LG bakal bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Hyundai. 

“Indonesia menjadi negara pertama di dunia yang mengintegrasikan industri bateri elektrik, daripada perlombongan sehinggalah menghasilkan bateri lithium ion untuk EV,” kata Ketua Lembaga Koordinasi Pelaburan Indonesia, Bahlil Lahadalia. – Reuters 

Google ads
Back to top button