
BMW CE 04 MULA MASUKI PASARAN INDONESIA – BILA PULA GILIRAN MALAYSIA
Hari Jumaat lepas BMW Motorrad Indonesia telah memperkenalkan skuter elektrik canggih mereka ke pasaran negara jiran itu. CE 04 sudah dikenali ramai sebagai sebuah skuter elektrik dengan gaya futuristik yang jauh berbeza berbanding skuter elektrik lain di pasaran.

Kehadiran skuter elektrik ini ke pasaran Indonesia menjadi bukti yang dasar untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di Indonesia mendapat perhatian syarikat pengeluar ternama seperti BMW.
Malah trend elektrifikasi juga tidak terhad kepada kereta sahaja malah kenderaan dua roda seperti motosikal juga tidak mahu ketinggalan. Malah jenama premium seperti BMW Motorrad juga mengorak langkah lebih awal meneroka pasaran baharu di Indonesia ini.

BMW CE 04 merupakan sebuah skuter elektrik dengan motor berkuasa 42 hp. Ia mampu membuat pecutan dari 0-50 km/j hanya dalam masa 2.6 saat dan mampu mencatat kelajuan maksima 120 km/j. Ok dah tu, skuter biasa dengan kapasiti enjin 150cc pun lebih kurang tu jugak kelajuan maksimanya.
Menariknya sewaktu cas bateri penuh ia mampu memecut sehingga 130 km/j dan pengecasan penuh bateri memerlukan masa 4 jam 20 minit. Penggunaan fast charging memendekkan masa mengecas kepada 1 jam 40 minit. Macam cas telefon pintar 3 model 3 tahun lepas je. Kalau anda ingin mengejar waktu dan perlu bergegas untuk jemput bini balik kerja, pengecasan 80 peratus kuasa bateri hanya memerlukan masa 45 minit sahaja.
Menariknya skuter canggih ini sudah pun menerima banyak tempahan daripada pelanggan-pelanggan setia BMW Motorrad di Indonesia. Jangan ingat kat sana tak ramai orang kaya okay. Besar pasaran motosikal kat sana bang, jangan main-main.

Ciri keselamatan memang terbaik kerana skuter canggih ini dilengkapi dengan sistem ABS Pro, sistem kestabilan automatic (ASC), sistem kawalan cengkaman dinamik (DTC) dan empat mod tungangan (Eco, Rain, Road dan Dynamic). Kurang mod Race je lagi satu.
Maklumat penting dipaparkan oleh skrin TFT berukuran 10.25 inci yang lengkap dengan peta navigasi bina dalam dan dihubungkan terus dengan aplikasi BMW Motorrad Connected. Lampu utama menggunakan LED berkuasa dan sistem Adaptive Headlight Pro.
Tempat beberapa tempat simpanan barangan dan yang paling menarik sekali tentulah tempat simpanan helmet yang berada di bahagian sisi badan skuter. Cool boh.
Berapa harga skuter elektrik dari masa depan ni? Boleh tahan kerana ia dijual dengan harga RP380 juta di atas jalan (Lebih kurang RM115,747 kat sini). Fuh seakan copot-copot jantung gue pak mikirin.