Buletin

MULA BERNIAGA DARI RUMAH, KINI BERJAYA BUKA SHOWROOM MOTOSIKAL KEDUA

Bisnes bukanlah untuk semua orang. Ada banyak bukti kejayaan dan begitu juga kegagalan dalam berbisnes. Ada modal sahaja tak cukup untuk memajukan perniagaan, tetapi anda perlukan minat yang mendalam terhadap produk niagaan anda.

Ini dibuktikan oleh Bob Sheldon, pemilik Staffordshire Triumph yang pernah menjual kenderaan dua roda dan menjual mesin terpakai dari rumah yang kini membuka bilik pameran keduanya.

Sehingga tahun 2022, dia telah memenangi banyak anugerah, termasuk Global Dealer of the Year pada 2015 dan UK Dealer Award. Berpangkalan di Staffordshire, perniagaannya terus berkembang sehingga pada masa ini dia mempunyai kira-kira 18 orang staf di kedai itu sahaja.

“Menjalankan perniagaan memang sukar tetapi ganjarannya jauh mengatasi keburukan, walaupun selepas bekerja berjam-jam. Kami terus melabur dalam teknologi baharu, kakitangan dan premis baharu untuk membantu perniagaan berkembang.

“Sektor permotoran berdepan dengan beberapa kesukaran seperti isu bekalan, manakala cabaran kos sara hidup memaksa pengedar untuk mencipta tawaran nilai tambah lebih inovatif untuk pengguna yang mementingkan kos,” kata Bob.

Bilik pameran kedua itu dinamakan sebagai Staffprdshire Honda dan terletak di Newcastle Under Lymes Blackfriars Road. Ia memberi tumpuan kepada motosikal jenama Honda melibatkan model baharu dan terpakai.

Google ads
Back to top button