Buletin

BMW i8 COUPE 2018 – 231hp, RM1.3 JUTA SEUNIT

BMW Malaysia hari ini memperkenalkan BMW i8 Coupé baharu ke pasaran tempatan. 

Untuk makluman, jualan terkini kenderaan elektrik BMW dan MINI adalah lebih daripada 71,000 unit, peningkatan sebanyak 40.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

BMW Group berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran penyerahan melebihi 140,000 unit kenderaan elektrik pada tahun 2018.

Di peringkat domestik, jumlah penyerahan terkini bagi kenderaan elektrik BMW dan MINI merangkumi lebih daripada 55 peratus.

Reka bentuk BMW i8 Coupé

Model terbaharu ini bercirikan seni bina kenderaan LifeDrive serba baharu yang akan melengkapi semua model BMW i akan datang. Ia merangkumi casis aluminium dan sel penumpang CFRP untuk memberikan kebebasan yang luar biasa bagi rekaan kenderaan ini.

Tempat duduk 2+2 menawarkan rekaan yang seimbang. Sama ada dari segi rekaan bonet rata, aerodinamik, overhang pendek, tapak roda lebih panjang dan garis bumbung rendah mewujudkan aura yang serba dinamik, ringan dan efisien.

BMW i8 Coupé dilengkapi rim aloi ringan BMW i berwarna hitam bersaiz 20 inci dengan penggayaan radial-spoke.

Teknologi BMW eDrive

Rangkaian kuasa BMW i8 Coupé terdiri daripada motor elektrik pada gandar hadapan dan enjin pembakaran dalaman untuk gandar belakang. Kuasa enjin disalurkan ke roda belakang melalui transmisi Steptronic enam kelajuan.

Manakala motor elektrik memacu roda hadapan melalui kotak gear automatik dua kelajuan. Kenderaan ini mempunyai pusat graviti yang rendah kerana bateri bervoltan tinggi 33 Ah diletakkan di bahagian tengah badan. 

Janaan kuasa motor elektrik ditingkatkan sebanyak 9 kW kepada 105 kW dan capaian elektrik bateri tersebut mencecah 55 kilometer.

Enjin 3 silinder dengan pengecas turbo dengan VALVETRONIC mampu menjana kuasa 231hp dan tork 320Nm. Jentera ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat dengan penggunaan bahan bakar 1.8 l/100km.

Rekaan dalaman inovatif

Ruang kabin BMW i8 Coupé menampilkan bahagian atas konsol pusat yang bersambung pada panel instrumen, melengkung ke arah pemandu pada sudut 12 darjah. Semua butang kawalan dan paparan terletak dalam jarak capaian yang sempurna serta mudah untuk dilihat dan dibaca oleh pemandu.

Sistem Navigasi Profesional pula dikawal menggunakan sistem operasi iDrive, yang meliputi Touch Controller di konsol tengah dan skrin Control Display bersaiz 8.8 inci.

Ciri BMW Connected menyambungkan dunia digital pengguna dengan BMW i8 Coupé yang dibantu oleh Remote App. Ia juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti status pengecasan terkini, jarak dan masa bertolak untuk memastikan kenderaan dicas,  membantu pemandu mencari stesen pengecas, menghantar lokasi stesen tersebut terus ke kenderaan mereka dan banyak lagi.

BMW i8 Coupé didatangkan dalam warna putih, kelabu atau kelabu khas (Donington Grey) bersama rekaan Black Amido atau Accaro pada kabin.

Jentera ini boleh didapati melalui pengedar-pengedar BMW i yang sah di seluruh negara bermula hari Selasa, 14 Ogos 2018.

GALERI

Google ads
Back to top button