Artikel Pilihan

ORA EULER R1 – EV YANG MACAM PERNAH KITA TENGOK

Sekali imbas macam pernah tengok aja kereta comel ini kan? Tapi di mana ya? Inilah dia Tuan Tuan, Ora Euler R1. Sebuah EV comel dari negara Tembok Besar China.

Macam yang kita semua sedia maklum, pengeluar / jenama kenderaan yang baharu terdapat di China boleh dikatakan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dan jumlah keseluruhan pengeluar kenderaan di China sememangnya tidak dapat dihitung hatta dengan menggunakan jari kaki sekalipun. Itu belum lagi pengenalan model baharu yang keluar saban tahun.

Memperkenalkan Ora Euler R1, sebuah model mini EV yang kiut buatan China. Untuk yang tidak tahu, Ora ini merupakan jenama baharu yang duduk di bawah naungan Great Wall Motor atau pun turut dikenali dengan jenama Haval. Menurut pengeluar, mereka mendakwa inilah dia EV yang paling murah sekali dengan bermula 59,800 Yuan (RM35,267).

Ora menurut Great Wall bermaksud Open, Reliable, Alternative manakala nama Euler dipilih bersempena dengan nama pakar Matematik dari Switzerland, Leonhard Euler.

Jelas sekali penampilan luaran Euler R1 cukup mudah untuk menarik perhatian anak muda terutamanya golongan wanita dan separa wanita. Penggunaan lampu utama berbentuk bulat berjaya memberikan sedikit kesan kiut dan retro.

Ruangan kabinnya walaupun luaran nampak kecil dan comel, tapi cukup selesa sebenarnya untuk membawa empat orang penumpang tanpa masalah. Malah, ruangan kelegaan kaki penumpang belakang juga masih selesa untuk dihuni penumpang dewasa.

Papan pemukanya menampilkan ciri minimalis. Cumanya terdapat skrin sesentuh yang menempatkan sistem infohiburan menyerikan sedikit papan pemuka yang cukup ringkas.

Menariknya model ini turut dilengkapi dengan AI (Artificial Intelligence) yang mampu menghidupkan sistem dengan ungkapan “Hello Ora”. Barulah canggih.

Sebagai sebuah EV, sudah tentu jarak perbatuan turut menjadi faktor utama strategi penjualannya. Ora Euler R1 ini berupaya mencapai sehingga 351 km jauhnya. Kira ok jugalah kan untuk perjalanan ulang alik ke pejabat menggunakan EV comel yang menggunakan motor elektrik berkuasa 35kW dengan kuasa tujahan maksimum 125N. Cumanya kelajuan maksimum hanyalah setakat 102 km/j sahaja.

Walaupun model ini dikategorikan sebagai murah, namun aspek keselamatannya tidaklah dilupakan begitu sahaja. ABS+EBD. Traction Control, TPMS, Sistem Amaran Pra-Perlanggaran dan paling penting turut dilengkapi dengan door auto lock. Aruz pun tak ada benda alah ni. Haih!

Sebenarnya untuk menjual EV sebegini tidaklah susah. Dengan harga dan spesifikasi yang hampir sempurna apa lagi yang anda mahukan. Ejas sikit sikit bahagian muka depan jadilah Honda e. Kan? Memang macam pernah tengok si Ora Euler R1 sebenarnya.

BACA : HONDA e KERETA ELEKTRIK UNTUK URBAN

BACA : RENAUKT CITY K-ZE – DARI CHINA UNTUK EROPAH

Google ads
Back to top button