
BMW N55 – ENJIN TERBAIK BMW
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Seperti yang kita tahu, BMW mempunyai pelbagai variasi barisan enjin. Di dalam barusan enjin BMW pula terdapat beberapa enjin yang dikenali dengan kehebatan dan ketahanannya.
Antara enjin tersebut adalah enjin berkod N55. Enjin ini lah yang kita nak cerita hari ini.
Enjin berkod N55 ini merupakan enjin 6-Silinder sebaris dan mempunyai sesaran sebesar 2,979cc(3.0L). Enjin ini merupakan kesinambungan kepada model sebelumnya iaitu BMW N54.
Projek pembangunan enjin ini bermula sekitar tahun 2007-2008 melalui “BMW Powertrain Division” dan diketuai oleh Albert Biermann yang merupakan Ketua Pembangunan di BMW M GmbH pada ketika itu. Jadi enjin ini ada sentuhan “M” disitu ye Tuan-Tuan.
Enjin ini mula dilancarkan pada tahun 2009 menggantikan sepenuhnya model enjin N54 di pasaran. Sekarang kita pergi ke spesifikasi enjin ini pula.
Binaan blok enjin ini diperbuat daripada “Aluminium Alloy”. Penggunaan material ini membenarkan berat keseluruhan dapat dikurangkan dengan drastik. Selain itu, penggunaan material ini juga membantu untuk pengurusan haba yang lebih cekap.

Walaubagaimanapun, bahagian dinding silinder diperbuat daripada besi dan disaluti dengan “Alusil Coating”. Salutan ini memberikan perlindungan kepada dinding silinder daripada calar. Ia juga membantu mengurangkan geseran yang terhasil antara dinding silinder dan “Piston Ring” ketika enjin beroperasi.
Nilai “Bore x Stroke” enjin ini ialah 84mm x 89.6mm. Nilai ini menjadikan klasifikasi enjin ini sebagai enjin “Undersquare” dimana nilai “Stroke” melebihi “Bore” dan nilai “Stroke Ratio” enjin ini berada pada kadar 0.94:1.
Berat blok enjin N55 ini adalah sekitar 49kg sahaja. Jauh lebih ringan berbanding enjin N54 yang mempunyai enjin blok seberat 61kg. Beza dalam 12kg ye Tuan-Tuan.
Sekarang kita pergi pula ke bahagian Kepala Silinder atau “Cylinder Head”.
Kepala Silinder enjin ini diperbuat daripada “Aluminium Alloy”. Kepala Silinder ini menempatkan 4 injap pada setiap silinder dan mempunyai 24 injap keseluruhan. Injap ini digerakkan oleh 2 batang Aci Sesondol(Camshaft) untuk injap masukan dan juga ekzos. Sistem “Double Vanos” turut diberikan kepada enjin ini.

Yang paling best, Kepala Silinder ini turut dilengkapi dengan sistem “Valvetronic”. Sistem ini bergantung kepada komponen seperti “Eccentric Shaft” yang digerakkan oleh “Valvetronic Motor” untuk mengubah “Lift” injap.
Ada VTEC Tuan-Tuan.
Nilai Nisbah Mampatan atau “Compression Ratio” enjin ini adalah pada kadar 10.2:1. Nilaj ini sebenarnya boleh dikatakan tinggi untuk enjin yang dilengkapi dengan sistem pendesak turbo.
Enjin ini dilengkapi dengan sistem pendesak turbo tunggal. Namun begitu, sistem turbo enjin ini dilengkapi dengan sistem “Twin Scroll Turbo” yang bermaksud ia mempunyai 2 laluan utk gas ekzos melaluinya. Sistem ini berfungsi dengan sangat efisyen untuk mengurangkan masalah “Turbo Lag”.
Disini juga kita dapat lihat perbezaan dengan enjin N54 dimana enjin N54 dilengkapi dengan sistem turbo berkembar ataupun “Twin Turbo”.
Unit pendesak turbo pada enjin N55 ini dibekalkan oleh syarikat BorgWarner dan ia ditala untuk menghasilkan “Boost” pada kasar sekitar 1.17 bar. “Boost” yang dihasilkan kemudiannya disejukkan oleh unit “Air to Air Intercooler” sebelum disedut ke enjin.

Enjin ini kemudiannya dilengkapi dengan sistem bahanapi yang berbeza daripada enjin N54. Walauoun kedua-dua enjin ini menggunakan sistem “Direct Injection”, namun sistem yang ada pada enjin N55 adalah jauh lebih baik.
Hal ini adalah kerana enjin N54 mempunyai isu pada sistem bahanapi sehinggakan pihak BMW terpaksa merombak semula sistem untuk digunakan pada enjin N55. Terdapat beberapa perbezaan ketara yang kita dapat lihat.
Antaranya ialah lokasi “Injector” enjin N55 berada di atas kepala silinder manakala lokasi “Injector” enjin N54 pula berada di bahagian tepi. Apabila lokasi “Injector” berubah, maka berubah juga lah kedudukan “Fuel Rail”, “High Pressure Fuel Pump” dan juga komponen-komponen lain.
Sistem bahanapi pada enjin N55 juga mampu beroperasi dengan tekanan yang lebih tinggi iaitu sekitar 200 bar berbanding enjin N54 pada 150 bar. Hal ini disebabkan saiz “Fuel Line” dan juga “Injector” yang ada pada enjin N55 adalah lebih besar.

Dengan segala macam teknologi ini, kuat ke enjin ini ?
Kuat Tuan-Tuan. Ketika awal kemunculannya pada tahun 2009, enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 302hp pada 5,700-5,800rpm dan daya kilas sekuat 400Nm pada 1,200-5,000rpm.
Enjin ini kemudiannya ditambahbaik dari semasa ke semasa dan digunakan sehingga lah tahun 2018. Hal ini bermakna enjin ini wijud dan bertahan di pasaran selama 9 tahun.
Di akhir hayatnya, enjin ini disumbat ke dalam ruang enjin BMW M2 keluaran awal. Kuasanya juga bertambah iaitu 365hp pada 6,500rpm dan daya kilas sekuat 450Nm pada 1,300-4,500rpm.
Konfigurasi enjin ini yang menegak membuatkan ia boleh digunakan pada kebanyakan model BMW.
Enjin ini juga dikenali dengan faktor ketahanannya. Untuk pengetahuan, enjin ini memenangi anugerah “Ward’s 10 Best Engine” pada tahun 2011,2012 & 2013. 3 tahun berturut-turut ye Tuan-Tuan.

Namun begitu, walau hebat bagaimanapun, kesempurnaan hanyalah milik Allah SWT semata-mata. Enjin ini tetap mempunyai kelemahannya.
Antaranya ialah masalah pada High Pressure Fuel Pump. Ia tidak selalu berlaku, namun ia pernah berlaku. Apabila ia berlaku, simptom nya ialah enjin akan “Misfire” atau tidak dapat dihidupkan langsung.
Kemudian ialah “Valvetronic Motor”, ia jarang juga berlaku, namun boleh berlaku. Antara simptom nya ialah enjin akan melahu dalam keadaan yang tidak stabil. Selain itu, enjin akan kehilangan kuasa dan penggunaan bahanapi akan meningkat. Kebiasannya lampu amaran “Check Engine” akan menyala apabila situasi ini berlaku.
Selebihnya ialah masalah “Wear & Tear” yang akan kena bukan sahaja pada enjin ini bahkan semua enjin yang wujud di dunia ini. Antaranya ialah kebocoran minyak dan kebocoran “Coolant”. Kebiasaannya disebabkan daripada “Seal” atau “O-Ring” yang sudah mengeras. Tukar sahaja dengan yang baru.

Jadi Tuan-Tuan, ini lah sedikit sebanyak yang mampu kami kongsikan tentang enjin BMW N55 ini. Semoga memberi manfaat kepada semua.