Buletin

BMW X3 xDRIVE30i M SPORT – 252HP, LEBIH SPORTY, RM329K SEUNIT

BMW Malaysia baru-baru ini memperkenalkan BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport CKD ke pasaran tempatan. 

“Sejak BMW X3 generasi ketiga dilancarkan pada tahun lalu, lebih 1,600 unit telah diserahkan kepada pemiliknya. Jentera ini menggabungkan sifat agresif BMW X4 dengan praktikaliti sebuah X3. 

“Hanya 120 unit BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport akan ditawarkan di seluruh negara,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl. 

Jentera itu dipasang dengan pakej M Sport yang merangkumi roda aloi ringan ‘M’ bersaiz 20 inci, tayar run-flat, 

suspensi M Sport, brek M Sport dan penggayaan tubuh M Aerodynamic. Tidak ketinggalan, roof rails dan enblem M pada panel sisi. 

Di bahagian belakang, BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport didatangkan dengan bampar belakang aerodinamik ‘M’ dan kemasan paip ekzos krom.

SAV itu dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana kuasa 252hp dan tork 350Nm. Dipadankan dengan kotak gear automatik Steptronic Sport 8-kelajuan, ia boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 6.3 saat dan pecutan sehingga 240km/j.

Biarpun berkuasa, model itu hanya mencatat penggunaan bahan api sekitar 7.6 liter bagi setiap 100km. 

Di ruang kabin, BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport hadir dengan stereng M dibalut kulit, kemasan aluminium, upholsteri kulit ‘Vernasca’, Navigation System Professional bersaiz 10.25 inci, iDrive Touch dan sistem HiFi dengan 12 pembesar suara.

Aspek keselesaan ditingkatkan lagi menerusi sistem penyaman udara tiga zon automatik, kemasukan tanpa kunci dan banyak lagi. 

BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport didatangkan dalam pilihan warna putih, hitam, perak dan biru.

Harganya pula ialah RM328,800 seunit. Dengan ‘Balloon Financing Plan’, anda boleh memilikinya dengan bayaran bulanan hanya RM3,758 (anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

GALERI

Google ads
Back to top button