Artikel Pilihan

FLASHBACK: ENJIN $100,000 S2000 JOHNNY TRAN SEBENARNYA HANYA BERNILAI $8000

Suka ataupun tidak, Tha Fast and the Furious merupakan salah satu filem bertemakan kereta yang paling ikonik pernah dihasilkan. Salah satu adegan paling menarik dalam filem tersebut ialah adegan “Race Wars”, satu perlumbaan drag di mana semua watak utama berkumpul untuk menguji kehebatan kereta masing-masing.

Race Wars mengambil tempat di lapangan terbang San Bernardino pada bulan September 2000 dan menggunakan tenaga hampir 1,000 orang untuk dijayakan. Craig Lieberman, pproduser filem ini mencari 35 buah kereta sports dan pemandu yang sanggup berlumba antara satu sama lain dalam acara drag selama lima hari berturut-turut.

Walaupun banyak antara kereta terbabit bukannya watak penting dalam filem tersebut, mereka harus terus berlumba bila penggambaran dimulakan untuk memberikan latar belakang yang realistik. Berapa bayarannya? Jangan terperanjat, setiap pemandu hanya menerima bayaran USD15 sehari sahaja! Jauh dari mencukupi untuk kos petrol, tayar dan brek. Silap-silap nak makan nasi paprik pun tak lepas.

Dalam perlumbaan pertama antara watak Letty yang memandu 240SX dan lawannya seorang lelaki yang memandu RX-7, Lieberman mendedahkan yang enjin RX-7 tersebut telah jahanam sewaktu penggambaran. Jadi sewaktu dua watak tersebut berbual mengenai wang pertaruhan, kru-kru penggambaran menolak kedua-dua kereta tersebut untuk mengurangkan bunyi bising yang akan mengganggu rakaman dialog antara keduanya.

Bagaimana dengan ayat Johnny Tran tentang kos USD100,000 yang dilaburkan untuk enjin Honda S2000 yang dipandunya? Itu pun memang tipu walaupun S2000 tersebut memang dilengkapi dengan kit supercharger CompTech. Lieberman menganggarkan hanya USD8000 dilaburkan dalam proses ubahsuai.

Adegan perlumbaan antara Jessie dan Johnny Tran diambil menggunakan rig kamera yang dilengkapkan pada sebuah Honda Civic yang diubahsuai. Tapi apa-apa ia sememangnya antara adegan paling menarik dalam filem ini dan memberi idea kepada tercetusnya perlumbaan drag yang kian popular di negara kita.   

Google ads
Back to top button