SUZUKI SATRIA F150 (BELANG) DILANCARKAN DI INDONESIA – ADA PENGECAS USB & ALARM
PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) baru-baru ini melancarkan model sport popularnya, Satria F150 ke pasaran Indonesia.
Jentera itu tampil lebih menarik menerusi warna dan kemasan grafik baharu. Dua varian ditawarkan iaitu Satria F150 Special Edition dan Satria F150 Predator.
Satria F150 Special Edition didatangkan dalam warna biru metalik, hitam-merah dan putih biru. Sementara varian Predator menggunakan warna hitam solid dan biru matte. Dari segi spesifikasi, perbezaannya tidaklah terlalu ketara.
Satria F150 Special Edition dilengkapi penggera keselamatan dam rim aloi sport berwarna. Manakala varian Predator hadir bersama ciri kunci penggera, pengecas USB dan lencana 3D.
Kedua-dua model itu dikuasakan oleh enjin empat lejang selinder tungga DOC bersesaran 147.3cc.
Enjin dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi pancitan bahan api (FI) itu mampu menjana kuasa sehingga 18.2ho dn tork maksimum 13.8. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerus transmisi enam kelajuan.
Aspek pengendalian dimantapkan lagi dengan penggunaan suspensi fork teleskopik pada roda hadapan dan monoshock di belakang.
Hanya mempunyai berat 109kg, tugas membrek diserahkan kepada brek cakera jenis bunga di hadapan dan belakang. Dengan kapasiti tangki 4 liter, motosikal itu tetap menawarkan penjimatan bahan api yang sewajarnya.
Di republik itu, Satria F150 ditawarkan pada harga bermula 24.8 juta rupiah (RM7,380). Ia dijangka berada di pengedar mulai bulan depan.