Buletin

BMW X7 xDRIVE40i PURE EXCELLENCE CKD. SAV MEWAH RM708K

BMW Group Malaysia memperkenalkan SUV saiz penuh serba mewah BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ke pasaran tempatan.

Ia merupakan model berprofil tinggi tinggi yang dipasang tempatan (CKD) selepas BMW 218i Gran Coupé, BMW 330e M Sport dan BMW M340i xDrive bermula tahun lalu.

Langkah itu dilihat sebagai bukti keyakinan BMW Group Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi segmen kenderaan mewah.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence dijana oleh enjin petrol enam silinder berkuasa 340hp dan tork 450Nm. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.1 saat. Penggunaan bahan api gabungan pula uma 9.5 l/100km dengan tahap temisi karbon sekitar 218 g/km.

Kuasa disalurkan ke keempat-empat roda melalui transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan. Sistem pacuan semua roda pintar, xDrive pula memaksimumkan cengkaman, kelincahan, serta kestabilan.

Pengendalian mantap itu dihubungkan dengan ciri Kawalan Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control).

Dinamik pemanduan turut disumbangkan oleh suspensi udara dwigandar. Dengan sistem DSC, berat jentera yang direkodkan oleh sensor suspensi udara juga boleh difaktorkan dalam modulasi brek.

Seperti varian yang diimport, varian yang dipasang di peringkat tempatan ini ditawarkan dengan ciri Executive Drive Pro dan anti-oleng aktif.

Tahap keselesaan ditingkatkan lagi dengan ciri Dynamic Damper Control yang berfungsi memproses data daripada sistem navigasi dan kamera hadapan.

Ruang dalaman BMW X7 xDrive40i Pure Excellence membawakan elemen kemasan Crafted Clarity buatan tangan yang dipotong dengan berlian. Selain  pelbagai kelengkapan lain yang meliputi stereng sport dibalut kulit serta kerusi boleh laras secara elektrik dengan ventilasi aktif di tempat duduk hadapan.

BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi BMW 7.0 menggandingkan kluster instrumen digital 12.3 inci yang boleh dikonfigurasi dengan paparan kawalan yang sama besarnya. Ia juga hadir dengan fungsi skrin sentuh. 

BMW Head-Up Display diposisikan dalam sudut pandangan pemandu dengan jelas. Selain itu, SUV mewah tersebut hadir dengan BMW Intelligent Personal Assistant yang memanfaatkan arahan suara serta BMW Gesture Control.

Ciri-ciri hebat lain termasuklah Welcome Light Carpet, penyaman udara lima zon, sistem bunyi keliling dengan 16 pembesar suara oleh Harman Kardon dan tirai elektrik bagi tingkap sisi.

Sistem Rear Entertainment Professional juga disediakan. Keluasan ruang dalaman diserlahkan lagi dengan Panorama Roof Sky Lounge yang besar.

Dari segi ruang, jentera itu memiliki kompartmen bersaiz 325 liter yang boleh ditingkatkan kepada 2,120 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence dilengkapi teknologi BMW Personal CoPilot. Ia merangkumi ciri Parking Assistant Plus dengan fungsi tetapan automatik untuk masuk dan keluar dari ruang parkir selari. Selain Bantuan Mengundur untuk memudahkan pemandu keluar dari ruang parkir yang sempit.

Pelanggan yang berminat boleh membuat pendaftaran mulai 26 Februari 2021 melalui BMW Shop Online di https://shop.bmw.com.my/.

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence boleh dimiliki dengan bayaran bulanan bermula RM7,848 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ditawarkan pada harga RM708,000 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button