Buletin

MUGEN MULA JUAL KIT UNTUK HONDA CIVIC TYPE-R DI JEPUN – HARGA BERMULA RM3,308

Sedia maklum bahawa firma talaan dan aksesori terkenal Mugen pernah menghasilkan versi Honda Civic Type-R yang terbaik. 

Namun, apa yang ditawarkan oleh Mugen untuk model FK8 menimbulkan tanda tanya kerana ia dikatakan tidak menarik, walau dibandingkan dengan konsep gentian karbon RC200GT yang dilancarkan tahun lalu. 

Mula dijual di Jepun bulan ini, kit yang mudah dipasang itu sebenarnya pernah dipamerkan pada acara Malaysia di MAEPS Serdang, April lalu.

Pemilik FK8 boleh mendapatkan kemasan gril hadapan gentian karbon pada harga AS$800 (RM3,308). Jika bukan gentian karbon harganya 50 peratus lebih murah. 

Sementara chin spoiler yang boleh dipasang pada bampar sedia ada berharga AS$350 (RM1,447). Ia kemudian dipadankan dengan skirting sisi dan peresap udara di belakang pada harga AS$1,000 (RM4,135).

Jika masih belum cukup, anda boleh membeli rim bersaiz 20 inci pada harga AS$1,500 (RM6,203). 

Selain itu, Mugen juga ada menawarkan lampu belakang pada harga AS$800 (RM3,308). Di samping beberapa aksesori kecil seperti karpet lantai, pelapik ruang kargo dan sebagainya. 

Untuk ruang kabin, perubahan yang dapat dilihat adalah penggunaan material gentian karbon pada pintu dan papan pemuka. Sementara tombol gear dibalut dengan kulit berwarna merah terang. 

Lepas tengok gambar ini, ada siapa-siapa rasa nak beli? 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button