Artikel Pilihan

BOLEHKAH KITA TUKAR ENJIN KERETA KEPADA MOTOR ELEKTRIK?

Bayangkan anda ada sebuah kereta lama, macam Nissan Silvia manual dengan pacuan belakang. Kereta anda versi lama macam Silvia S13, mungkin enjin dah tak sedap, anda pun malas nak tukar kepada enjin baru. Nak jual terasa sayang, ye la bukan senang nak cari kereta pacuan belakang manual sekarang kecuali anda berduit tebal.

Cara yang agak futuristik yang boleh dibuat ialah dengan menukar enjin tersebut dengan motor elektrik dan tukarkan Nissan Silvia tersebut menjadi sebuah kereta elektrik. Di Amerika, sebuah syarikat yang bernama GT Electric yang berpengkalan di California menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan kejuruteraan dengan menukar kereta enjin konvensional kepada kereta elektrik

Mereka mampu memadankan motor elektrik dengan transmisi manual kereta yang sedia ada, menukar enjin pembakaran dalam dengan motor elektrik, menggantikan tangki petrol dengan sistem bateri, sistem kawalan motor bagi menggantikan ECU, memasang penukar arus DC kepada AC, sistem penyejukan bateri, menukar 80% sistem pendawaian serta membaiki cesi kereta daripada karat.

Electric GT juga turut menjual beberapa komponen kepada pemilik kereta yang berminat untuk melakukan proses ini secara sendiri ataupun DIY. Ia merangkumi semua pakej komponen kecuali bateri dimana pemilik perlu mencari sendiri bateri yang sesuai untuk kereta mereka.

Walaupun berupaya menyambungkan motor elektrik dengan transmisi manual dengan teknologi cetakan 3D, namun mereka menolak untuk memasang motor pada tranmisi automatik atas alasan kecekapan yang rendah. Mereka perlu memasang pam elektrik tambahan bagi memastikan kecekapan transmisi automatik setara dengan transmisi manual.

Antara projek pertama GT Electric termasuklah menukar Ferrari 308 1978 menjadi kereta elektrik sepenuhnya dengan memasang bateri lithium ion 46kWh yang dipadankan dengan motor elektrik. Sistem ini menghasilkan 330 kuasa kuda, 475Nm tork dari 0RPM , pecutan 0-100km/j dalam masa 5 saat, dan kelajuan maksima 290km/j.

Ferrari GTE ini mampu dipandu sejauh 209km bagi setiap pengecasan penuh. Bagi projek Ferrari GTE ini, GT Electric memadankan transmisi yang diambil dari Porsche. GT Electric juga telah menghasilkan kereta elektrik dengan menggunakan Mustang, Beetle, Porsche 912, Porsche 912 dan juga BMW

Anda boleh menonton video Donut Media bersama pengacara Nolan Sykes bersama dengan pemilik syarikat GT Electric berkenaan dengan kos keseluruhan dan proses yang terlibat dalam mengubahsuai sebuah Fiat convertible.

Google ads
Back to top button