Buletin

BOON SIEW HONDA, IMPIAN X HULUR BANTUAN KEPADA 210 INDIVIDU DAN 21 RUMAH KEBAJIKAN TERJEJAS COVID-19

Boon Siew Honda dengan kerjasama pengedar Honda Exclusive Shop Impian X di Pulau Pinang menghulurkan bantuan kepada komuniti terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sebanyak 210 individu dan 21 buah rumah kebajikan menerima barangan keperluan asas harian.

Keperluan asas dianggarkan berjumlah RM56,000 itu merupakan beras, minyak masak dan gula termasuk baucer barangan runcit serta kad petrol.

Penyerahan berkenaan melibatkan sebanyak tujuh kedai pengedar.

Hadir sama dalam acara penyerahan ialah Yoshitaka Namakura, Voon Yin Kong (Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan), Andy Kiong (Pengurus Kanan Bahagian Jualan Nasional) dan Steven Chin (Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran).

Rumah kebajikan yang menerima bantuan termasuk:

  • Association Yee Ran Jing Sheh Handicapped Children’s Home
  • Be Home For Special Care
  • Comfort Nursing Home Company
  • Crystal Care Centre, Eden Handicap Centre
  • Evershine Old Folks Home
  • KS Elder Care Leisure Home KS
  • MPKK Thean Teik, Penang Care Centre
  • Penang Children Home
  • Penang Shan Children Home
  • Persatuan Kanak-kanak Cerebral Palsy (Spastik) Pulau Pinan
  • Persatuan Kebajikan Hati Sepati Raja Uda Butterworth Pulau Pinang
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak OKU Bayan Lepas Pulau Pinang
  • Pertubuhan Penyayang Chi Yun
  • Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya
  • Pusat Jagaan Sinar
Google ads
Back to top button