Buletin

BOON SIEW HONDA TAWAR PAKEJ HARGA TETAP UNTUK HONDA RS-X, HARGA RM11.6K – HANYA DI IMPIAN X

Boon Siew Honda kini menawarkan pakej harga tetap bagi jentera Honda RS-X dan hanya boleh didapatkan dari pengedar Impian X bermula dari 6 Julai hingga 3 September 2023.

Pakej berkenaan adalah langkah menarik supaya harga disyorkan oleh pengeluar tidak dimanipulasi sewenang-wenangnya oleh pengedar.

Sebagai permulaan, Boon Siew Honda menawarkan Honda RS-X pada harga bermula RM11,600 atas jalan termasuk insurans serta yuran pendaftaran.

Honda RS-X didatangkan dengan tiga pilihan warna:

  • Leman Ice Yellow
  • Candy Caribbean Blue Sea
  • Trico

Untuk rekod, dua pilihan warna – Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea diberi tanda harga RM11,600 manakala jentera berwarna Trico boleh dimiliki pada harga RM11,650 atas jalan termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

Perincian pakej harga tetap adalah seperti berikut:

  • Pakej ini boleh didapati di semua pengedar Impian X
  • Jika pelanggan pergi ke pengedar selain Impian X, mereka perlu menyemak dengan pengedar tersebut.
  • Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan termasuk pembayaran tunai, permohonan pinjaman dengan Parkson credit atau Chailease.
  • Pada asasnya, semua peniaga Impian X di semenanjung mengambil bahagian dalam program ini.
  • Sekiranya pelanggan membeli menerusi Impian X dan memohon pinjaman melalui Parkson credit atau Chailease, pelanggan layak mendapat manfaat daripada pakej ini.

Untuk spesifikasi Honda RS-X, ia dipacu oleh enjin 150cc Euro 4 DOHC, menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm, 13.6Nm tork pada 7,000rpm dan dilengkapi sistem PGM-Fi.

Selain itu, RS-X juga dimuatkan dengan ciri keselamatan moden antaranya ABS serta lampu LED penuh. – Careta

Google ads
Back to top button