Motosikal

HONDA X-ADV V3: UMUM RM70K TAPI HARGA ‘OTR’ CECAH RM88K? 

Umum sedia maklum baru-baru ini Boon Siew Honda (BSH) telah pun melancarkan Honda X-ADV 750 generasi terbaru untuk pasaran tempatan. 

Ketika pengumuman, harga (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) adalah RM69,999 bagi warna Matte Deep Mud Gray, Pearl Glare White dan Graphite Black sementara warna Matte Goldfinch Yellow ditawarkan pada harga RM70,999

Namun begitu, kami menerima tangkap layar (screenshot) dari perbualan WhatsApp yang memaklumkan harga OTR (on the road) termasuk cukai jalan dan insurans mencecah RM85,800k bagi warna standard dan RM88,800 bagi warna Matte Goldfinch Yellow. 

Ini bermaka terdapat kenaikan antara RM15,000 hingga RM17,000. Persoalannya, apakah bayaran tambahan yang perlu dibuat sehingga berlaku peningkatan tersebut?

Sebelum ini, harga X-ADV generasi kedua (V2) mencecah angka RM80 ribu ke atas bagi model terpakai atau recon yang dibawa masuk dari pasaran luar. Harga tersebut dilihat relevan ekoran pelanggan tidak perlu menunggu lama berbanding dari membeli model baharu dari pengedar rasmi motosikal Honda disini. 

Google ads
Back to top button