Buletin

HONDA BEAT KINI DALAM WARNA BAHARU – MERAH, BIRU, HITAM DAN KUNING, HARGA BERMULA RM5.9K

Boon Siew Honda mengumumkan kemas kini warna baharu bagi jentera Honda BeAT yang kini hadir dengan pilihan warna merah, biru, hitam serta kuning dan akan tersedia di semua pengedar sah Honda bermula 30 Jun 2023.

Menerusi padanan warna baharu itu, ia turut menampilkan grafik sporty moden sekali gus memberikan penggayaan lebih menarik kepada pengguna.

Dari segi spesifikasi, ia masih kekal sama iaitu tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter, ruang simpanan barang 11.7 liter di bawah pelana selain menampilkan Sistem Brek Kombi (CBS).

Untuk rekod, penggunaan bahan api adalah sekitar 59.1 km/liter (WMTC test mode).

Skuter bandar itu juga mengutamakan keselamatan pengguna melalui ciri-ciri seperti lampu depan LED, kunci brek parkir dan Side Stand Switch.

Untuk kuasa, Honda BeAT 2023 dipacu oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI, menghasilkan 8.67hp pada 7,500rpm dan tork 9.53Nm pada 6000rpm. Enjin eSP itu mematuhi piawaian emisi Euro 4 serta Energy Efficient Vehicle (EEV).

Honda BeAT 2023 dengan kemasan warna baharu boleh dimiliki pada harga RM5,990 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Boon Siew Honda juga menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu).

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda BeAT 2023, pelanggan boleh kunjungi pengedar Sah Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.boonsiewhonda.com.my.

GALERI:

Google ads
Back to top button