BuletinMotosikal

BOON SIEW LANCAR HONDA CBR 250R (JANGAN KELIRU-INI BUKAN CBR 250RR)

Terkejut juga bila Abang Japar terima siaran akhbar dari Boon Siew Honda (BSH), maklumlah baca tajuk sekilas sahaja ingatkan mereka lancarkan CBR 250RR terbaru. Rupanya CBR250R yang satu selinder tu tapi dengan wajah baru.

Menurut BSH CBR250R terbaru dalam tahun 2017 ini mengabungkan semua kualiti jentera 250CC siri CBR seperti prestasi tinggi, dinamik pengendalian intuitif dan mudah terkawal. CBR250R Baharu ini dikatakan amat sesuai bagi sesiapa sahaja, dari penampilan santai ke bergaya.

BACA: HONDA CBR250RR SAH MASUK PASARAN MALAYSIA

Enjin DOHC 4-injap CBR250R menyampaikan prestasi yang 20.2kW @ 8,500 rpm, 23.3Nm @ 7,500 rpm bagi kuasa putaran yang mencukupi. Ekzos CBR250R kini direka lebih besar sebagai penambahan gaya dengan nada ekzos yang lebih matang.

Keringkasan mekanikal enjin juga mengurangkan kos penyelenggaraan – satu lagi elemen penting dalam mewujudkan pengalaman yang bebas daripada kebimbangan. Saiznya yang kecil juga menjadikannya  sebuah motosikal yang lebih ringan dan mudah dikawal berbanding enjin berbilang silinder, dan membolehkan ia diletakkan dengan sempurna di dalam casis untuk pengagihan berat depan dan belakang seimbang.

CBR250R Baharu ini ditawar dalam tiga warna baharu: Hitam, Merah ‘Millennium’ (Millennium Red),dan Kuning “Lemon Ice” (Lemon Ice Yellow).

Harga yang disyorkan bermula daripada  RM 21,940.94 (Hitam) hingga RM 22,258.94 (Merah ‘Millennium’ dan dan Kuning “Lemon Ice”) termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Kalau dah yang ini pun RM22K belum OTR berapa pula harga CBR 250RR nanti kan?

*sedih baca press release dalam BM yang dibagi ni. Diorang pakai google translate ke apa?

GALERI

 

Google ads
Back to top button