Buletin

NISSAN SKYLINE R32 TAHUN 1991 (TANPA SEBARANG UBAH SUAI) BAKAL DILELONG DI AUSTRALIA 

Bukan senang dah nak jumpa dengan sebuah Nissan Skyline R32 yang dihasilkan pada awal tahun 1990-an. Tetapi, peminat jentera itu di Australia lebih bernasib baik. Ini kerana mereka berpeluang memilikinya apabila firma lelongan Shannon’s dilapor bakal melelongnya pada 22 Mei 2017 pada acara Autumn Classic di Sydney.

Ini adalah salah sebuah daripada 100 unit yang dijual di Australia. Pada awal tahun 1990-an, jentera ini ditawarkan pada harga AUD$110,000 (RM352,500) seunit dengan pilihan warna merah, hitam dan perak.

Model R32 untuk pasaran Australia sedikit berbeza dengan R32 yang dijual di Jepun. Antara perbezaannya ialah emblem, bahagian luar lampu belakang, unit radio Maxima dan aerial Bosch pada bumbung.  Apa yang lebih menarik, kondisi kereta tersebut cukup baik dan tidak menerima sebarang bentuk ubah suai. Selain  telah menjalani major servis oleh bengkel Corse Automotive Services akhir tahun lepas. Hanya mencatat mencatat perbatuan 88,697km, Godzilla ini dijual oleh Hornsby Nissan di Sydney pada 3 Disember 1992.

BACA: AUTOSELECT TUNER GTR JAPAN – INI IALAH PAKAR R32 (TETAPI BOSNYA SUKA R33!)

BACA: PERJUMPAAN NISSAN SKYLINE & GT-R TERBESAR DI TANAH ARAB

“Secara keseluruhannya, R32 ini berada dalam keadaan yang sangat baik. Apa yang perlu dibaiki ialah tali sawat dan melaras suluhan cahaya lampu utama. Ia dimiliki oleh seorang peminat R32 dan memang sesuai untuk pengumpul,” kata seorang penilai berpengalaman daripada Shannon’s.

Skyline R32 itu dijangka dapat dilelong pada harga di antara AUD$65,000 (RM208,400) hingga AUD$75,000 (RM240,400). Tahun lalu, sebuah GT-R tahun tahun 1991 yang kurang original dan dalam kondisi biasa sahaja pun berjaya dilelong pada harga AUD$69,000 (RM221,200).

Dengan rim, ekzos dan bodykit original, R32 ini mungkin tidak nampak seperti sebuah jentera lumba. Namun, enjin RB26DETT 2.6 liter in-line six berkuasa 276bhp dan tork 355Nm, bersama pacuan semua roda itu dengan mudah boleh menewaskan mana-mana kereta moden di litar.

kredit foto/teks: Shannons.com.au 

GALERI

Google ads
Back to top button