
Boon Siew Honda (BSH) hari ini secara rasminya mengumumkan model baru Honda Rebel, di Art of Speed Malaysia 2017 yang ke-enam, dan turut mempamerkan motorsikal legenda EX-5 dan MSX yang diubah suai oleh anak tempatan.
Sempena dengan acara Art of Speed di MAEP Serdang, BSH akhirnya mengumumkan model Honda Rebel yang dinanti-nantikan. “Honda Rebel akan diperkenalkan di pasaran Malaysia secara rasmi menjelang hujung Ogos 2017 ini. Model ini menerima sambutan yang cukup menggalakkan dari negara-negara lain yang dilancarkan sebelumnya.

BACA: BSH LANCAR CBR650F DAN CB650F, LEBIH BERKUASA!
Di sini, kami ingin memperkenalkan aksesori H2C yang dilengkapkan pada Honda Rebel dan MSX di mana ia memberi lebih pilihan kepada pengguna untuk mengadunkan motosikal mengikut kehendak tersendiri.
Pengendaliannya cukup mudah dan enjin berkembar 471cc berkuasa untuk memberi penunggangan yang lancar dan selesa. Gaya “bobber” yang berwarna hitam telah menjadikan Rebel sebagai motorsikal hobi yang sempurna.

Honda Rebel didatangkan dengan tiga warna bergaya bersama ABS: Graphite Black, Millennium Red dan Mat Silver Armored Metallic. Harga yang disyorkan bermula dari RM31,798.94 termasuk GST tetapi tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Ia boleh didapati di Pengedar sah Impian Honda menjelang Ogos ini.
Spesifikasi Teknikal Honda Rebel
| Model | Honda Rebel |
| Jenis Enjin | 471cc, DOHC Liquid cooled |
| Gerek & Lejang | 67.0mm x 66.8mm |
| Nisbah Mampatan | 10.7: 1 |
| Kuasa Kuda Maksimum | 33.9kW @ 8,500 rpm |
| Tork Maksimun | 44.7Nm @ 6,000 rpm |
| Jenis Klac | Wet Multiplate |
| Transmisi | 6 Speed Manual |
| Dimensi (LxWxH) (mm) | 2,188 x 820 x 1,094 |
| Titik Roda (mm) | 1,488mm |
| Ketinggian pelana | 690mm |
| Caster Angle / Trail / Sudut Caster / Jerak Trail (mm) | 28⁰ |
| Berat Keseluruhan (kg) | 184.7kg |
| Muatan Tangki |
11.2L |
| Saiz Tayar | Front: 130/90-16M/C 67H |
| Rear: 150/80-16M/C 71H |







