Buletin

IKON KUSTOM GAYA HONDA YANG BERGAYA, INILAH #GAYAKAMI

Sebelum acara Art of Speed, BSH telah  bertemu dengan pembina motosikal ‘customize’ tempatan yang terkenal untuk membina lima konsep yang berbeza dengan menggunakan dua model lagenda dan ikonik, EX-5 dan MSX125.

Konsep yang mengagumkan ini merupakan hasil sentuhan Legend Racing Garage, District Shop and Gallery, CLM Custom Works, BWB dan ShawSeelan creation.

“Ia merupakan pengalaman yang menakjubkan untuk menjadi sebahagian lima pembina motosikal dalam mencipta lima konsep untuk dua model BSH dalam masa tiga bulan. Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk datang ke booth kami untuk menyaksikan  motosikal yang hebat ini”.

BACA: BSH LANCAR REBEL DI AOS 2017

“Jangan lepaskan peluang ini “Kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Nobuhide Nagata di pentas semasa majlis perasmian Art Of Speed Malaysia 2017 (AOS 2017).

Menerusi AOS Malaysia 2017, BSH telah berkerjasama dengan pembina motosikal kustom tempatan dengan menggunakan pameran terbesar dan budaya Kustom Malaysia sebagai platform untuk memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk mempamerkan kreativiti mereka.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk memberi inspirasi kepada peminat dua-roda untuk reka cipta lebih banyak konsep motorsikal untuk masa depan.

Pameran BSH ini juga dimeriahkan dengan aktiviti dan sesi interaktif seperti pertunjukan aksi MSX, pelekat helmet percuma, peraduan LOVE CUB SNAP dan persembahan istimewa untuk audiens AOS Malaysia 2017.

AOS sedang berlangsung di MAEPS Serdang pada hari ini dan esok 30 Julai dan jangan menlepaskan peluang untuk menyaksikan motosikal edisi terhad di petak pameran BSH dari jam 11.00 pagi hingga jam 7.00 malam

BSH akan menganjurkan acara seterusnya – Honda #GAYAKAMI di Johor Bharu pada 4 Ogos hingga 5 Ogos 2017.

GALERI

 

Google ads
Back to top button