
BOSCH HELP CONNECT. BANTU RIDER DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN DENGAN PANTAS
Pada hari ini, kebanyakan kenderaan baharu yang dijual didatangkan dengan pilihan untuk pengguna melanggan perkhidmatan tindak balas kecemasan.
Contoh terbaik adalah perkhidmatan yang ditawarkan General Motors iaitu Onstar. Ia berfungsi menghubungkan pihak berkuasa sekiranya mengesan berlakunya kemalangan.
Kini, Bosch ingin menawarkan teknologi serupa tetapi kepada pengguna motosikal.
Bosch menggambarkan perkhimatan terbaharu yang diberi nama Help Connect itu sebagai “malaikat pelindung digital’. Perkhidmatan itu akan menghubungkan motosikal dengan aplikasi peranti pintar melalui Bluetooth.

Panggilan telefon akan dihubungkan secara automatik apabila algoritma kemalangan diprogram ke dalam pengesan motosikal untuk mengesan sesuatu yang buruk berlaku kepada penunggang. Ini termasuklah jika motosikal berada dalam keadaan terlalu rendah, dilanggar atau berlanggar dengan sesuatu.
Pengesan tersebut dilaporkan mampu mengira pecutan dan halatuju sudut kira-kira 100 kali per saat. Malah ia sangat pintar serta tidak akan menghubungi pihak berkuasa sekiranya motosikal terjatuh di ruang letak motosikal.
Help Connect akan menghantar maklumat berhubung lokasi kemalangan dan penunggang ke Pusat Perkhidmatan Bosch. Ia kemudian akan menghubungkan kepada pihak berkuasa tempatan.

GPS yang ada di dalam peranti membenarkan pasukan kecemasan bertindak untuk mengetahui lokasi penunggang, walaupun mereka tidak menerima sebarang maklum balas. Ia juga boleh diprogram untuk menghubungi orang ketika kecemasan.
Menurut Pentadbiran Keselamatan Aliran Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), penunggang motosikal berisiko 28 kali kali ganda akan menemui ajal dalam kemalangan berbanding mereka yang menaiki kereta.
Justeru, masa tindak balas yang pantas amat penting apabila melibatkan penunggang motosikal. Bosch memberitahu sistem kecemasan automatik seperti Help Connect dapat mengurangkan masa tindak balas sehingga 50 peratus. – autoblog
- BACA: PERIKSA 6 PERKARA INI SEBELUM PULANG KE KAMPUNG – BOSCH
- BACA: BOSCH BANGUNKAN TEKNOLOGI ANTI JATUH MENERUSI TEKNIK UNIK MARC MARQUEZ
- BACA: 7 DARIPADA 10 KERETA TIDAK BOLEH HIDUP ADALAH DISEBABKAN OLEH BATERI – KAJI SELIDIK BOSCH
- BACA: TAHUKAH ANDA TANPA BOSCH TEKNOLOGI EV UNTUK KENDERAAN MUNGKIN LAMBAT MENJADI KENYATAAN?