
BRUSSELS AIRLINES BATALKAN 700 PENERBANGAN. ELAK PEKERJA DARIPADA MOGOK
Syarikat penerbangan Brussels Airlines dilapor akan membatalkan hampir 700 penerbangan atau 6 peratus jadualnya untuk mengurangkan beban kerja dan mengelakkan pekerja daripada melakukan mogok.
“Kami memenuhi permintaan kesatuan pekerja hari ini dan berharap tiada tindakan susulan selepas ini. Bagi mencapai penyelesaian jangka panjang, kami akan mengadakan mesyuarat sekali lagi pada 23 Ogos depan,” kata jurucakap Brussels Airlines, Maaike Andries.
Pembatalan itu akan menyebabkan Brussels Airlines mengalami kerugian sebanyak 10.2 juta euro (RM47 juta).
Bulan lalu, juruterbang dan krew pesawat syarikat penerbangan tersebut mengadakan mogok selama tiga hari. Mereka mengadu tekanan kerja terlalu tinggi, sedangkan syarikat sedar tentang perkara itu selama setahun tetapi gagal untuk menyelesaikannya.
Mogok dan kekurangan pekerja di seluruh Eropah memaksa syarikat untuk membatalkan penerbangan. Ia menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang di lapangan terbang dan memusnahkan harapan untuk pergi bercuti pada musim panas. – Reuters
- BACA: MOTOSIKAL TERBANG SPEEDSTER LULUS UJIAN PENERBANGAN. HARGA BERMULA RM1.6 JUTA
- BACA: SYARIKAT PENERBANGAN GOL KENA TANGGUNG KOS MEKAP PEKERJA WANITA
- BACA: 5 PENERBANGAN TERPAKSA DITANGGUH SELAMA 10 MINIT. KURA-KURA NAK LINTAS LANDASAN
- BACA: BAGAIMANA KAKITANGAN PENERBANGAN DAN JURUTERBANG BEREHAT DALAM PENERBANGAN?