
SISTEM SUPERCAJ DIGABUNG DENGAN CVT, LEBIH CEKAP DAN SENYAP
Sebuah firma kejuruteraan terkemuka British iaitu Torotrak menemui cara yang kreatif bagi menghasilkan unit supercaj yang lebih efisyen. Torotrak mendakwa dengan memasukkan sistem CVT dan sistem gear planetary dalam komponen supercaj, putaran supercaj dapat direndahkan dan beroperasi dengan lebih pantas
Sistem ini sesuai bagi kegunaan enjin petrol dan juga diesel dan berat keseluruhan supecaj ini hanyalah sekitar 6kg sahaja. Sistem CVT dari jenis toroidal ini akan digabungkan dengan servo elektromaknikal yang boleh mengubaj ratio 10 kepada 1 dalam masa hanya 0.4 saat sahaja
Sistem CVT ini akan disambungkan pada sistem gear planetry yang akan menggandakan laju putaran syaf kepada gandaan 9 sebelum ia memacu kompressor centrifugal yang akan menyedut udara di sekeliling dan menghantar udara tekanan tinggi pada rongga kemasukan enjin

Torotrak mendakwa sistem ini lebih senyap berbanding dengan supercaj Roots dan lebih sejuk berbanding dengan sistem turbocaj dengan keupayaan untuk berputar antara 10,000 RPM sehingga 100,000 RPM. Servo kawalan pula hanya memerlukan 10watt tenaga elektrik untuk beroperasi
Ini menyebabkan sistem supercaj ini tidak memerlukan sistem elektrik 48 volt untuk beroperasi seperti yang digunakan oleh AMG Mercedes. Kajian ini dibangunkan dengan kerjasama Univeristi Bath, Ford dan juga kerajaan British dengan pembangungan mengambil masa selama setahun. Torotrak bercadang memberi lesen kepada mana-mana syarikat automotif untuk menggunakan paten kajian mereka