Buletin

LUTHANSA AKAN JUAL ATAU BIARKAN BRUSSELS AIRLINES BANKRAP

Lufthansa dilapor mungkin akan menjual atau membiarkan anak syarikatnya, Brussels Airlines bankrap, jelas sumber daripada syarikat penerbangan tersebut.

Bulan lalu, Brussels Airlines yang mempunyai 4,200 kakitangan memberitahu ia akan mengurangkan perjalanan pesawat dan pekerjanya sehingga 30 peratus dalam tempoh empat bulan.

Langkah itu terpaksa dibuat bagi memastikannya dapat terus bernafas ketika dan selepas krisis penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Perbincangan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan Belgium itu telah terhenti selama berminggu-minggu.

Namun, pihak pengurusan kanan Luthansa yang diselamatkan oleh kerajaan Jerman dan Brussels Airlines akan bertemu minggu hadapan untuk membincangkan pelan masa depannya.  

Bulan lalu, kerajaan Belgium menyatakan komitmen untuk mendapatkan persetujuan bernilai 300 juta euro (RM1.43 bilion) dengan Luthansa demi menyelamatkan Brussels Airlines, jika mendapat jaminan tentang masa depannya. – Reuters

Google ads
Back to top button