
SETEL PUSPAKOM SAMBIL TENGOK TV DI RUMAH. MACAM VIP DIK…
Antara perkara yang perlu dilakukan oleh penulis pada minggu lepas ialah melakukan urusan puspakom bagi perpindahan nombor pendaftaran kenderaan atau nama lain disebut sebagai number plate interchange. Cara biasa yang boleh dibuat ialah dengan menempah temujanji di laman Puspakom.
Anda boleh menempah masa pemeriksaan dan memotong barisan di Puspakom melalui kaedah INI
Ataupun jika anda malas atau sibuk untuk ke Puspakom mungkin anda boleh menggunakan khidmat runner yang boleh membawa kenderaan anda untuk menjalani pemeriksaan Puspakom. Tapi sesetengah daripada pemilik enggan membenarkan kenderaan kesayangan mereka dibawa sesuka hati oleh orang lain.
Tapi sebenarnya anda boleh menempah perkhidmatan Puspakom Premier Mobile Inspection, dimana kakitangan Puspakom ankan datang terus ke rumah anda bagi melakukan pemeriksaan yang diperlukan. Kami kongsikan bagaimana anda boleh menempah perkhidmatan ini.
1. Daftar masuk ke laman sesawang Puspakom terlebih dahulu. Sekiranya tiada akaun, anda kena cipta akaun anda terlebih dahulu. Selepas mendaftar masuk, paparan laman sesawang akan menunjukkan paparan berikut.

2. Klik pada Mobile Van Reservation dan satu paparan peringatan akan memberitahu bahawa perkhidmatan ini terhada pada Semenanjung Malaysia, Kota Samarahan dan Kota Kinabalu sahaja. Anda perlu klik pada perkataan “Ya” untuk meneruskan tempahan.
3. Selepas menekan butang Ya, satu lagi paparan akan diberikan bagi mengingatkan pengguna bahawa tidak semua servis pemeriksaan Puspakom ditawarkan melalui Premier Mobile Inspection. Antara servis pemeriksaan ada dinyatakan di bawah

4. Selepas bersetuju, anda akan mengisi borang Reservation Detail secara atas talian serta maklumat kenderaan seperti no cesi dan juga no enjin. Kami nasihatkan untuk anda memiliki geran bagi memudahkan proses tempahan dilakukan.
Pada ketika ini anda perlu meletakkan tarikh yang sesuai atau slot tarikh yang terdekat. Malangnya tiada masa yang boleh ditetapkan oleh anda. Tempahan hanya disahkan sebaik sahaja anda berjaya melakukan bayaran secara FPX kepada pihak Puspakom.
5. Satu emel akan dihantar kepada anda bagi mengesahkan tempahan anda telah berjaya dilakukan, dengan satu fail rekod PDF. Slip ini akan mengesahkan lokasi pemeriksaan dibuat oleh pihak anda samaada rumah ataupun pejabat.

6. Pada hari tempahan, pastikan anda menyediakan satu salinan geran original untuk urusan pemeriksaan Puspakom. Sekiranya anda tiada di rumah, anda boleh minta ahli keluarga lain mewakili anda. Kakitangan Puspakom akan menelefon anda antara sejam ke 2 jam sebelum sampai ke rumah
7. Sebaik sahaja kakitangan Puspakom sampai, anda boleh menyerahkan geran kepada mereka untuk pemeriksaan. Bagi pemeriksaan Pemindahan Nombor Pendaftaran, antara kriteria yang diperiksa termasuklah ketelusan cahaya cermin, ketebalan tayar, nombor cesi, nombor enjin dan penelitian bagi memastikan cesi bukan disambung
8. Selesai pemeriksaan, kakitangan Puspakom akan memasukkan data yang diperolehi dengan menggunakan komputer yang ada di dalam van mereka. Keputusan pemeriksaan ini akan diluluskan oleh pegawai atasan dan dicetak di dalam van bergerak mereka
9. Proses pemeriksaan dan sehingga keluarnya keputusan pemeriksaan akan mengambil masa antara 35-45 minit sahaja. Sepanjang tempoh menunggu, penulis sempat melakukan beberapa kerja lain dan pemeriksaan ini langsung tidak menjejaskan produktiviti penulis
Sepanjang tempoh pemeriksaan kereta penulis berada di garaj sahaja, manakala van Puspakom pula diparkir di luar rumah. Paling penting penulis tidak perlu ke Puspakom dan beratur selain boleh menunggu di rumah dengan selesa sekali.




