" "
Buletin

FORD EXPLORER 2025 - SIAP ADA LENCANA ST WEIIIII!

Model SUV Ford Explorer ini merupakan model SUV yang cukup penting buat pengeluar dari Amerika Syarikat semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun pada tahun 1991. Dan bagi mengekalkan repustasi Ford Explorer sebagai SUV terlaris sepanjang masa di Amerika Syarikat, Ford telah bersedia untuk memperkenalkan versi terkini Explorer pada tahun 2025.

Ford Explorer ini sekali lagi akan menetapkan standard baharu sekali lagi dengan barisan model yang dikemas kini, semuanya menampilkan reka bentuk dalaman, teknologi baharu yang canggih dan penggayaan luaran yang lebih berani untuk mencipta Explorer terbaik daripada Ford.

Pada bahagian luaran, beberapa perubahan telah diberikan perhatian meliputi gril baharu yang lebih besar telah direka semula berserta dengan bampar baharu yang tampak lebih garang dan juga berani. Lampu utama di hadapan dan juga belakang turut direka semula serta kini mempunyai tip ekzos berkembar dua kiri dan kanan.

Dan Ford masih lagi mengekalkan lencana ST (Sports Technologies) untuk model terkini ini nanti, menjadikannya sebagai satu – satunya model SUV Ford yang diberikan lencana yang cukup terkenal dengan kelajuan dan rupa yang lebih bergaya.

Dan untuk Ford Explorer baharu ini nanti akan turut ditawarkan dengan warna baharu, Vapor Blue Metallic.

Perubahan yang cukup ketara untuk SUV yang popular adalah pada bahagian kabinnya. Ford telah membuat perubahan dengan menolak papan pemuka ke hadapan sekali gus lebih ruang pada kabin dengan turut merombak susun aturnya. Skrin infohiburan bersaiz 13.2-inci diposisikan lebih tinggi pada pemuka. Tempat menyimpan telefon pintar pada ruangan bawah lengkap dengan fungsi mengecas nirwayar.

Trenkuasa untuk Ford Explorer masih lagi sama dikekalkan dengan menggunakan enjin 2.3 liter EcoBoost empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa 300 HP 310 Nm. Dan untuk varian ST, enjin 3.0 liter EcoBoost V6 sekali lagi akan digunakan yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 400 HP dan 415 Nm.

Dan buat pertama kalinya, varian ST-Line, ST dan Platinum akan dilengkapi dengan sistem Ford BlueCruise yang akan berupaya mengawal Explorer ketika melewai lebuhraya di Amerika Syarikat yang terpilih. Bolehlah rilek sikit orang kata kurang penat.

Ford kini telah mengurangkan varian Explorer daripada lapan varian kepada hanya empat sahaja bagi mengurangkan pening kepala pembeli. Empat varian yang akan tersedia ialah Active, ST-Line, ST dan Platinum. Tiada lagi varian XLT, Timberline, Limited dan King Ranch seperti model Explorer sebelum ini.

Harga permulaan untuk Ford Explorer baharu ini dijangka pada aras harga $41,220 (RM194,455) berbanding harga model sebelumnya pada $38,485 (RM181,552).

BACA : FORD EXPLORER 2023 RASMI DI CHINA – DATANG DENGAN SKRIN LEBAR 27 INCI!

BACA : BAIC BJ60 GABUNG ELEMEN REKAAN JEEP, TOYOTA LAND CRUISER DAN FORD EXPLORER

Google ads

B K

Back to top button