
BUGATTI V16, PANJANG ACI ENGKOL DAH SAMPAI 1 METER. KUAT KE TAK NI?
Walaupun Bugatti mengesahkan yang mereka telah menghentikan pengeluaran enjin W16 yang digunakan pada kebanyakan model mereka, tetapi Bugatti masih ada kejutan istimewa untuk peminat mereka. Ya mereka sedang menghasilkan enjin baru V16
Ia merupakan enjin 16 silinder dalam susunan huruf V dalam 2 baris. Bagi memenuhi kehendak regulasi yang diperlukan oleh EU, enjin ini akan dipadankan dengan sistem hibrid dan langkah ini tidak mengejutkan kerana Bugatti ada hubungan rapat dengan Rimac.
Untuk rekod, enjin lama 8000cc W16 dengan 4 unit turbo berupaya menghasilkan sekurang-kurangnya 1500 kuasa kuda. Kebanyakan pemerhati dan pakar automotif membayangkan enjin terbaru V16 ini akan menjana lebih daripada 1500 kuasa kuda apabila digabungkan dengan turbo dan sistem hibrid.
Dalam satu video yang dihasilkan oleh Mate Rimac iaitu CEO Rimac, panjang aci engkol yang menggabungkan 16 piston ini menjangkau 1 meter. Dalam video yang sama, Mate Rimac juga menyatakan aci engkol ini direka supaya memuatkan 16 silinder dari 2 baris enjin 8 silinder
Bagi sistem hibriod, Bugatti akan bergantung kepada teknologi yang dihasilkan oleh Rimac terutama bagi motor elektrik, inverter dan juga teknologi bateri. Pembangunan enjin ini telah mencapai 14 bulan dan enjin ini sekarang telah diuji di atas mesin dyno mulai bulan November 2022
Selain daripada maklumat di atas, tidak banyak yang diketahui berkenaan dengan enjin V16 terbari keluaran Bugatti. Ini adalah projek pertama Rimac selepas sahamnya dibeli oleh Porsche sebanyak 45% manakala Rimac mengusai saham Bugatti sebanyak 55%