
KEMALANGAN PESAWAT PALING MAHAL DI DUNIA CUMA MELIBATKAN DUA ORANG – KERUGIAN LEBIH RM6.6 BILLION
Kita sedia maklum yang harga sebuah pesawat terbang bukannya murah namun sesetengah pesawat seperti pesawat milik tentera memang sangat mahal. Jadi tak mustahillah rekod kemalangan pesawat paling mahal di dunia dipegang oleh pesawat tentera.

Kemalangan yang berlaku di Andersen Air Force Base telah melibatkan hanya sebuah pesawat B-2 Spirit yang juga dikenali dengan nama “stealth bomber”. Ia cuma melibatkan pesawat tersebut dan dua orang juruterbang dan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan AS adalah melebihi RM6.6 billion! Mahal weh harga sebuah pesawat pengebom canggih macam B-2 ni.
Pesawat Northrop Grumman B-2 Spirit merupakan pesawat pengebom paling canggih milik AS. Sebagai sebuah pesawat terbang dengan kemampuan untuk “menghilangkan diri” dari radar musuh, ia mampu menembusi ruang udara yang dikawal rapi dan melepaskan bom tanpa disedari. Jadi korang boleh agak la berapa banyak duit yang dibelanjakan untuk hasilkan pesawat canggih macam ni.

Pada tahun 2008, dua juruterbang USAF berlepas dari Andersen Air Force Base (AFB) di Guam dan terbang menuju ke Whitemen AFB d Missouri.
Malangnya sebaik berlepas, kedua juruterbang tersebut ditimpa masalah pada Port Transducer Units (PTU) yang memberikan bacaan salah kepada sistem data pesawat. Kelembapan udara telah berlaku pada PTU dan sistem data memberikan bacaan kelajuan udara dan sudut yang salah kepada komputer kawalan penerbangan.
Akibatnya sayap pesawat B-2 ini telah tersentuh dengan permukaan bumi sekaligus mengakibatkan kemalangan. Inilah punca berlakunya kemalangan pesawat paling mahal di dunia.

