Motosikal

MV AGUSTA SUDAH DAPAT PELABUR BARU… DARI RUSIA

 

Sejak setahun lalu, laporan tentang jenama motosikal dari Itali, MV Agusta banyak berkisar tentang masalah kewangan yang dihadapinya.

Sehingga satu ketika, MV Agusta seakan-akan berada di tahap yang amat sukar dipulihkan. Ini rentetan laporan akhbar Itali, Guardia di Finanza menyatakan MV Agusta terpaksa menggunakan dana sumbangan keselamatan sosial para pekerjanya untuk membayar hutang kepada pembekal alat ganti.

Pirelli-MV-Agusta-Diablo-Brutale-mekanika (2)

Pada awal tahun pula, timbul laporan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Giovanni Castiglioni disiasat atas isu cukai. Gabungan semua masalah itu membuatkan MV Agusta perlu menstruktur semula hutang berjumlah €50 (RM234 juta) di mahkamah. Di samping terpaksa memberhentikan pekerja dan mengurangkan jumlah pengeluaran kepada 9,000 unit motosikal sahaja setahun.

Tetapi kini, nampaknya ada cahaya di hujung terowong buat MV Agusta. Ia telah menandatangani perjanjian dengan kumpulan pelaburan Black Ocean dari Rusia untuk memeri suntikan modal.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (2)

Perincian transaksi berjumlah €20 juta (RM94 juta) itu bagaimanapun masih belum didedahkan. Tetapi penambahan modal pasti dapat membantu memperbaiki hubungannya dengan para pembekal. Selain membolehkan pekerja kembali bekerja dan pembangunan model baharu dapat diteruskan.

Persoalan yang timbul sekarang adakah perjanjian itu bermakna kerjasama MV Agusta dengan AMG bakal berakhir atau sebaliknya.

Black Ocean merupakan pelabur utama dalam syarikat sewaan jet peribadi, Ocean Sky. Memiliki perniagaan di Eropah, Amerika Syarikat, Black Ocean fokus kepada pasaran Rusia.

Google ads
Back to top button