Buletin

MAZDA6 INI DAH 5 TAHUN RUPANYA, TAHUN DEPAN KELUAR MODEL 2.5 TURBO PULA!

Dalam banyak-banyak kereta di atas muka bumi ada kereta yang baru keluar semalam tapi dah rasa macam sepuluh tahun di pasaran. Ada juga kereta yang dah lima tahun keluar tapi rasa macam semalam baru dilancarkan. Puncanya ialah reka bentuk mana yang dipegang, hendak timeless atau progresif atau sekadar mengikut trend.

Contoh jenama kereta yang dah lama di pasaran tetapi masih nampak segar ialah Mazda atau lebih tepat Mazda6. Tak sedar pun Mazda6 ini dilancarkan pada tahun 2012 dan macam biasalah, sudah sampainya masanya model ini digantikan dengan yang baharu.

Tetapi belum sampai masanya untuk full model change (FMC) sebab Mazda6 ini akan diperbaharui dari segi kejuruteraan dan kehalusan (refinement). Model ini akan dipertontonkan di Pameran Kenderaan Los Angeles dari 1 hingga 10 Disember depan.

Mazda6 adalah model perdana (flagship) untuk barisan kereta penumpang Mazda. Termasuk perubahan kali ini, Mazda telah melalui tiga kali penambah baikan sejak 2012. 

Berikut ialah perubahan utama pada Mazda6 2018:

  • Menggunakan enjin baharu SKYACTIV-G 2.5T Suntikan Terus Turbo yang sama seperti Mazda CX-9
  • Enjin ini juga mempunyai daya tork yang hampir kepada enjin 4.0 L V8
  • Enjin SKYACTIV-G 2.5 turut mempunyai teknologi nyah aktif (deactivation) silinder untuk lebih penjimatan minyak. Operasi silinder dihentikan apabila tidak diperlukan.
  • Dari segi gayaan pula, Mazda menggunakan konsep Mature Elegance di mana pasukan reka bentuk bekerja untuk menaikkan rasa yang berkualiti baik dari segi dalaman dan luaran
  • Mazda menggunakan material kayu Seb Jepun pada bahagian interior yang biasa digunakan dalam instrumen dan perabot Jepun tradisional
  • Mazda6 2018 nanti akan tampil lebih tersendiri, premium dan cantik sesuai dengan imej model perdana Mazda
  • Teknologi pemanduan i-ACTIVSENSE juga bertambah canggih agar dapat membantu pemandu mengenal pasti potensi risiko dan mengurangkan kemungkinan kerosakan atau kecederaan
  • Teknologi Mazda Radar Cruise Control (MRCC) kini mampu menghentikan kereta dengan sepenuhnya dan kemudian bergerak kembali mengikut kereta di hadapan
  • Mazda6 2018 juga dilengkapi Mazda View Monitor 360 ° terkini 
Mazda6 yang berada dalam pasaran sekarang di UK

Walaupun pesaing utama kereta segmen D seperti Honda dan Toyota masing-masing sudah mengeluarkan Accord dan Camry baharu, Mazda nampak yakin dengan Mazda6 ini walaupun sudah lama di pasaran. Enjin pun sudah berkuasa dan dengan reka bentuk yang masih menawan tidak hairan kenapa Mazda masih percaya dengan kemampuan model ini.

BACA: MEMORI KEHEBATAN KERETA JEPUN 90-AN – MAZDA LANTIS TURBO

BACA: MAZDA SAHKAN MEREKA SEDANG BANGUNKAN ENJIN ROTARY UNTUK KERETA SPORTS AKAN DATANG

Google ads
Back to top button