Artikel PilihanBuletin

HANYA 1% SAHAJA SYARIKAT KERETA EV CHINA YANG MAMPU BERTAHAN

Dalam 2 tahun kebelakangan ni, berapa banyak yang anda dengar tentang syarikat kereta elektrik (EV) dari China?

Pada awalnya, banyak yang jadi tajuk besar. “Pembunuh Tesla”, “Kereta yang bakal menakluk dunia”, “Sekali cas, 500km – keajaiban kereta EV ditemui di China, “ChongxingZenjuan Piau Piau berjaya hasilkan kereta EV pada kos sebuah Axia” – semua ni adalah contoh.

Tapi lama kelamaan, Tesla juga yang masih bertahan. Walaupun bergelut dengan kelewatan produksi, kerugian setiap tahun, model-model elektrik dari pengeluar seperti Tesla dan Nissan (Leaf) masih boleh dijual ke seluruh dunia.

BACA: TESLA TERUS RUGI SETIAP TAHUN

Di China, ada beratus syarikat automotif yang tumbuh setiap masa. Dari pembuat supercar seperti TREV, atau sebuah Mercedes kangkung tiruan dan mungkin yang paling menarik dibincangkan bila syarikat yang dikenali dengan nama Byton telah melabur lebih RM2 billion untuk menghasilkan SUV elektrik yang bagus.

Tapi, yang sedihnya, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg hanya satu peratus sahaja dari kesemua syarikat kereta elektrik di China yang mampu bertahan.

BACA: GWM & BMW METERAI PERJANJIAN EV

Statistik tersebut dikeluarkan oleh firma permodalan China, Nio Capital. Ia juga merupakan syarikat utama yang mengeluarkan model EV China yang popular – NIO.

Pengurus bersama Nio Capital Ian Zhu berkata “Perniagaan kereta EV ni adalah cabang yang kompleks. Sangat susah untuk membina produk dari peringkat awal, dari kosong dan semata-mata denga pengetahuan kereta elektrik. Sebab itu juga nisbah survival bagi syarikat-syarikat baru adalah sangat rendah.”

Isu utama bagi syarikat-syarikat baru ini ialah pengeluaran. Tesla juga masih hadapi masalah untuk hasilkan kenderaan dalam jumlah yang besar untuk penuhi permintaan. Kebanyakan syarikat China ini tiada pengalaman dalam industri automotif. Mereka adalah syarikat teknologi dan kejuruteraan dan sangat berbeza dengan pergerakan sebuah syarikat berteraskan automotif.
Menurut Nio Capital lagi, kegagalan menepati piawai pengeluaran ini jugalah yang menyebabkan 99 peratus syarikat-syarikat baru ini gulung tikar.

 

Google ads
Back to top button