Buletin

HONDA CITY CATAT TEMPAHAN 2,000 UNIT DALAM MASA 10 HARI!

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak 2,000 unit untuk sedan terbaharunya, City facelift  dalam masa sepuluh hari sahaja.

Dilancarkan secara rasmi pada 2 Mac 2017, City facelift dilihat dapat meneruskan momentum jualan Honda Malaysia yang menetapkan sasaran untuk  menjual 100,000 kenderaan pada tahun ini.

City menjadi pilihan ramai kerana ia menawarkan keluasa sedan segmen D dan ciri segmen C pada harga segmen B. Apa yang pasti, pengguna cukup teruja kerana di sebalik semua penambahbaikan itu, Honda Malaysia mampu mengekalkan harga City yang cukup kompetitif.

Ditawarkan dalam tiga varian iaitu Sm E dan V, sedan itu boleh dimiliki pada harga bermula hanya RM78,300 hingga RM92,000 seunit. Sememangnya ia sebuah sedan yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

V menjadi varian paling popular dengan tempahannya mencecah 44 peratus, diikuti oleh varian E, 38 peratus. Sementara tempahan varian S yang menerima paling banyak ciri tambahan pula naik kepada 18 peratus berbanding lima peratus sebelum ini. Berdasarkan kepada tempahan itu, Lunar Silver Metallic menjadi warna pilihan pelanggan.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menerima baik model baharu ini. Honda Malaysia akan menunaikan janji untuk menawarkan produk berkualiti dengan nilai  terbaik kepada pengguna.

“Pada masa yang sama, kami turut meningkatkan produksi di kilang Melaka bagi membolehkan penghantaran dibuat seperti sewajarnya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

Antara penambahbaikan yang signifikan pada City facelift termasuklah lampu utama LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED, lampu kabus LED, Ducktail Spoiler dengan lampu brek LED serta rim aloi dua tona untuk varian V.

Tahniah Honda Malaysia!

BACA: HONDA CITY FACELIFT DILANCARKAN – VARIAN S LEBIH MURAH, 1,000 UNIT SUDAH DITEMPAH

GALERI

Google ads
Back to top button