Motosikal

YAMAHA MT-09 TRACER KINI DI PASARAN

Setelah agak lama berteka-teki mencari pasaran baru untuk motosikal touring di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) akhirnya melancarkan MT-09 Tracer.

Yamaha-2015-MT09-Tracer-mekanika (6)

Kembar kepada model naked Yamaha MT-09 ini diimport sepenuhnya dari Jepun. Sekali gus melengkapkan rangkaian jentera sedia ada iaitu XJ6, MT-07, MT-09 dan Bolt XV950R.

Tidak dinafikan, pasaran motosikal sports touring di Malaysia didominasi oleh Kawasaki Versys. Sejak dilancarkan pada 2008, Versys berjaya memenuhi permintaan yang dikosongkan oleh jenama Jepun.

Yamaha-2015-MT09-Tracer-mekanika (3)

Yamaha ada Super Tenere, Honda ada NC700 dan Suzuki ada V-Strom. Tetapi Versys tetap berjaya mencuri pasaran kelas middleweight.

Berkongsi hampir semuanya dengan MT-09 naked, parameter enjin model Tracer bagaimanapun ditala supaya lebih sesuai dengan karekteristik sport touring.

Yamaha-2015-MT09-Tracer-mekanika (10)

Tidak dinafikan, enjin 3 selinder sebaris MT ini adalah revolusi besar yang pernah dilakukan oleh Yamaha bagi mengisi pasaran middleweight. Ia sebagai jawapan kepada Triumph Street Triple dan MV Agusta Dragster.

Dengan hanya seberat 190kg, enjin tiga selinder 113bhp ini turut dilengkapi TCS (Traction Control System) dan sistem ABS. Tiga mode tunggangan sama turut dikekalkan. Antara ciri tambahan yang membezakannya dengan model naked ialah saiz tangki 18 liter (MT-09 14 liter), penghadang angin depan dan tongkat tengah.

Yamaha-2015-MT09-Tracer-mekanika (4)

Sports touring ini dijual pada harga RM59,900 tak termasuk cukai jalan dan insurans. Ia akan berada di pengedar Yamaha terpilih bermula pertengahan Julai nanti. Setakat ini hanya warna biru (RACE BLU) sahaja ditawarkan.

Google ads
Back to top button