BuletinModifikasi

KISAH MENYAYAT HATI TENTANG SUPERBIKE DARI SYARIKAT TERNAMA YANG TIDAK LAKU DI PASARAN

Lamborghini bukannya syarikat pengeluar kereta calang-calang. Mereka merupakan pesaing sengit Ferrari dan sentiasa berusaha untuk mengatasi Ferrari dalam segenap sudut. Tahukah korang yang mereka juga pernah mengeluarkan superbike dan juga bot laju dengan jenama Lamborghini? Sayangnya percubaan mengeluarkan superbike pertama mereka gagal teruk dan tidak ada satu unit pun yang berjaya dijual.

30 tahun dahulu mereka cuba membuat kejutan dengan menghasilkan superbike 997cc tapi sayangnya berbeza dengan supercar keluaran mereka, superbike ini gagal dijual langsung. Kemudian ia dilelong pada cara lelongan. Itu pun masih tak laku. Entah apa tangkal yang motor ni pakai (pinjam dialog filem P.Ramlee).

Lamborghini sebagai pengeluar model-model eksotik semestinya mempunyai kepakaran kejuruteraan yang bukan calang-calang. Setakat nak buat motor tu apalah sangat bagi mereka. Tapi itulah, lain dirancang lain pulak yang jadi.

Ia berlaku sekitar tahun 80-an, sewaktu kejatuhan Lamborghini. Syarikat ini kemudiannya diambil alih oleh Jean-Claude dan Patrick Mimran yang berusaha untuk memulihkan syarikat dengan menghasilkan beberapa jenis kenderaan lain seperti motosikal dan bot laju di bawah jenama Lamborghini.

BACA: UJIAN DYNO BUKTIKAN PANIGALE V4S 2018 MERUPAKAN SUPERBIKE PALING POWER

Superbike itu merupakan hasil kerjasama Lamborghini dan Boxer (Boxer Design). ia dihasilkan menggunaan casis dan kerangka baru yang kemudiannya digabungkan dengan enjin yang dipilih  sehingga menjadi sebuah superbike yang unggul.

Akhirnya siaplah sebuah superbike yang dinamakan Lamborghini Design 90 dengan enjin 997 cc dan dihasilkan khusus sebagai menyambut ulang tahun ke- 25 supercar mereka ketika itu, Lamborghini Countach. Superbike ini dihasilkan sebanyak 6 unit sahaja dan menggunakan rekaan badan dari gentian kaca yang sama seperti Countach.

Sayangnya harganya ketika itu yang sangat mahal (sekitar USD60,000) membuatkan ia sukar dipasarkan. Akhirnya ia hanya menjadi artifak di muzium dan pameran automotif.

Baru-baru ini satu unit superbike Lamborghini Design 90 ini telah dilelong dalam satu acara lelongan di UK. Ia mempunyai nombor kod BOXERL002 (bermaksud model kedua dari kesemua 6 unit pernah dihasilkan). Ia berada dalam keadaan terbaik dan hanya mencatatkan 7200 kilometer perbatuan.

Sekali lagi sehingga ke akhir acara lelongan ia masih gagal terjual sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai superbike paling tidak laku dalam sejarah.

 

Google ads
Back to top button