Buletin

NISSAN LEAF KINI MENYERTAI LAPANGAN TERBANG HEATHROW

Sebagai menyahut seruan untuk menghijaukan lagi bumi, Lapangan Terbang Heathrow yang merupakan lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Britain telah mengambil langkah dengan menggunakan Nissan Leaf, sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya.

BACA :KERETA ELEKTRIK NISSAN LEAF AT-EV SERTAI RALI MONGOL 2017

BACA :NISSAN LEAF EMAS UNTUK ATLIT PARALIMPIK RIO BRITAIN

Lapangan Terbang Heathrow telah menambah sebanyak 17 buah Nissan Leaf, dengan 12 daripadanya digunakan untuk kerja-kerja lapangan seperti keselamatan dan bagasi manakala selebihnya digunakan untuk kenderaan perkongsian buat ulang alik keliling lapangan terbang.

Dengan kuasa bateri elektrik  24 kWh (model sebelumnya) yang dipasang di bawah tempat duduk, sudah tentu penggunaan Nissan Leaf ini sedikit sebanyak membantu pihak Heathrow untuk menggalakkan penggunaan kenderaan zero emisi di persekitaran lapangan terbang. Selama sebulan Nissan Leaf ini telah diuji pakai dan hasilnya ternyata amat memuaskan hati.

Menurut  Peter Leeming, Ketua Strategi Operasi Heathrow mereka menyasarkan untuk menjadi lapangan terbang mereka sebagai peneraju bagi lapangan terbang kurang pencemaran daripada pelbagai aktiviti. Kira sebagai lapangan terbang hijaulah senang cerita.

Menurut Peter lagi, sasarannya pada 2020 adalah memastikan agar semua kereta dan minivan yang beroperasi di persekitaran Heathrow akan bertukar kepada jenis hibrid mahupun secara elektrik sepenuhnya.  Dianggarkan 8,000 unit kenderaan yang diberi kebenaran untuk berkeliaran siang dan malam di perkarangan Heathrow.

Menurut Darren Payne pula, yang juga merupakan Pengarah Jualan Nissan bagi Great Britain, inisiatif yang dilakukan oleh pihak Heathrow pasti akan memberikan sumber inspirasi kepada mereka yang lain di luar sana di dalam penggunaan kereta keluaran Nissan sebagai langkah menyumbang untuk menghijaukan lagi bumi selain daripada membantu dari segi penjimatan kos operasi.

Pengunaan Nissan Leaf ini oleh pihak Heathrow kalau nak diikutkan memang kira pilihan yang cukup tepatlah. Dengan jaminan bateri sehingga melangkau ke usia 8 tahun atau 160,000km mana yang terdahulu menjadikan iannya sebagai pilihan yang berbaloi. Namun pihak Nissan menyatakan jangka hayat bateri tersebut mampu menjangkau sehingga ke usia 10 tahun.

Pemasangan bateri baharu 30kWh turut menjanjikan lebih jarak perbatuan, sehingga 155 batu untuk sekali caj (jarak perbatuan dengan menggunakan bateri jenis lama dianggarkan jarak pemanduan sehingga 100 batu sahaja). Jenuh jugalah gamaknya nak habiskan bateri sekali caj tu, iya tak?

Sumber : Newspress

Google ads

B K

Back to top button