EDEN HAZARD & NISSAN LEAF BELIAU. MASA UNTUK UNTUK DUNIA LEBIH HIJAU
Sesungguhnya, selain daripada Selebriti / Artis sebagai Duta untuk model kenderaan, sebenarnya Bintang bola sepak juga turut sesuai untuk diangkat sebagai Duta terhadap sesuatu produk. Apatah lagi Bintang tersebut merupakan seorang pemain bola sepak yang tidak kurang hebat dan juga kacak orangnya.
Bintang Belgium dan juga Real Madrid ini sebenarnya bukanlah asing dengan Nissan. Kerjasama pemain tengah handalan tersebut bersana Nissan sebenarnya telah pun bermula semenjak tahun 2018 lagi apabila beliau diangkat sebagai Duta Global untuk jenama Nissan bersama seorang lagi bekas pemain handalan yang kini sedikit tidak berapa nak handal, Philippe Countinho. Dan tahukah bahawa, sebagai Duta kepada Nissan, Eden Hazard turut memiliki sebuah Nissan GT-R.
Akan tetapi, ini bukanlah cerita tentang sebuah Nissan GT-R. Tetapi merupakan alkisah tentang Eden Hazard dan juga Nissan Leaf beliau. Memandangkan kini semua orang sibuk bercerita pasal bumi hijau, maka adalah menjadi tugasan buat Eden Hazard juga untuk cuba menyampaikan sesuatu yang cukup penting kepada masyarakat di luar sana, khususnya buat peminat beliau secara peribadi tentang ke-best-an sebuah model elektrik sepenuhnya, Nissan Leaf.
Sebagai bapa kepada empat orang anak yang masih kecil sudah tentu mereka merupakan dorongan terbesar untuk Eden Hazard keluar memandu, sama ada untuk tujuan santai atau pun sebarang urusan rasmi. Maka sudah tentu beliau harus banyak keluar memandu bersama anak – anak.
“Sebagai bapa, saya mempunyai tanggungjawab untuk memberikan contoh yang baik kepada mereka. Banyak perkara baik yang boleh dicontohi, seperti memilih kenderaan elektrik Nissan Leaf ini demi membantu pengurangan pencemaran bumi di masa hadapan dan juga masa hadapan anak – anak”. menurut Eden Hazard.
Sebenarnya, tahun sudah lagi Eden Hazard telah pun berpeluang untuk merasai pengalaman pemanduan kereta elektrik Nissan LEAF ini apabila beliau menumpang pemandu Formula E, Oliver Rowland di atas litar lumba. Sudah tentu Eden Hazard berasa teruja dengan keupayaan memecut kereta Nissan LEAF tersebut.
“Ada banyak perkara yang saya suka tentang LEAF saya ini. Ia kelihatan menarik luar dan dalam. Rekaan luar yang sofistikated dan rekaan dalaman yang futuristik dan pengalaman pemanduan yang cukup impresif”, tambah Eden Hazard lagi.
Sementara itu, menurut Coralie Musy selaku Regional Vice President, Brand & Customer Experience, Nissan AMIEO turut berkata pembabitan Eden Hazard akan turut membantu kempen #ElectrifyTheWorld sekali gus memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana untuk berubah kepada penggunaan kereta elektrik bersama – sama 500,000 pemilik Nissan LEAF yang lain.
BACA : BINTANG REAL MADRID TEST POWER JENTERA NISSAN. CUAK KE HAZARD?