Buletin

PAKATAN RENAULT-NISSAN KINI PENGELUAR KENDERAAN TERBESAR DI DUNIA

Buat pertama kalinya dala sejarah, pakatan Renault-Nissan berjaya memintas Kumpulan Volkswagen dan Toyota untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini. Renault-Nissan berjaya menjual 5,268,079, memintas Volkswagen di tangga kedua 5,155,591 dan Toyota Motor 5,129,000. Sementara itu, Amerika dah lama tewas. General Motor cuma mampu jual 4.7 juta kenderaan sahaja.

BACA: RENAULT-NISSAN BELI MITSUBISHI

Sebenarnya, peningkatan jualan ini didorong oleh belian saham dalam Mitsubishi sebanyak 34 peratus menjadikan jenama ke tiga dimiliki oleh pakatan ini. Mereka diekori rapat oleh VOlkswagen yang juga memiliki jenama lain di bawahnya sepert Audi, Porsche, Seat, Skoda, Bentley dan macam-macam lagi.

Paling hero sebenarya ialah Toyota. Dia relax saja dengan satu jenama tunggal yang kau boleh bayangkan kalau Toyota bergabung tt pendengan Honda ke, memang dahsyat jadinya.

Dari sejumlah jualan Renault-Nissan tadi, ada berita yang lebih gembira. Pakatan ini menjual lebih banyak kenderaan elektrik berbanding mana-mana pengeluar lain di dunia. Mereka hasilkan 481,151 dengan model Renault Zoe dan Nissan Leaf mencatat senarai tertinggi. Dengan memiliki MItsubishi, mereka juga sumbangkan model plug-in terlaris iaitu Mitsubishi Outlander.

Google ads
Back to top button